Pages

Sunday, January 15, 2017

pelik

minggu lepas, balik sahaja dari temerloh, aku dikejarkan dengan timbunan kerja dan report.

gigih jugala aku menyusun kerja dari pagi bila yang dicuba buat makin lama makin menimbun. ohye, habit aku, kena susun atur kerja sebelum aku betul2 buat sebarang kerja. senang nak bahagikan mengikut kepentingan dan senang nak tengok mana2 kerja yang tertinggal. dan bila aku keep track kerja2 macam ni, yang dah penah lepas pun aku senang tengok. so aku tau mana kerja yang aku buat pada sekian2 waktu.

really help me alot the habit!

dulu hanya sekadar luah saja semua kerja yang ada. sekarang dah mula susun mengikut kepentingan. kata mengajar time management kan.... kalau trainer sendiri ke laut managing time dia, inikan pulop orang lain. hoho...

anyway, dah kenapa aku boleh meraban pergi cerita pasa time management nya...?

bila aku tengah serabut dengan kerja, saat2 aku tengah serabut tu, mulut aku akan bising sama. secara semulajadi. aku even tak cover2.

bila salah taip ke apa ke aku akan sebok marah diri sendiri. bila dah ok, aku puji diri. haa.. tak ke bingung rakan2 sebelah menyebelah aku tu? hahahaha

memula yang sebelah aku dah biasa dengan aku. so dia bo layan. sekali yang kat depan aku pulak curious..

'nur, awak oke?'

aku angkat muka. tengok dia pelik. apahal tetiba tanya aku ok? pastu bila dia ajuk apa yang aku cakap2 sebelum ni, terus aku gelak2.

sori laa beb.

aku memang macam ni. dan ianya di luar kawalan. deorang patut tengok kalau aku gelabah dan tenangkan diri sendiri. laaagi dasyat cara aku cakap ngan diri sendiri.

pelik sangat kah?

hahahahahahah

aku rasa macam ramai je yang buat habit ni. eh. ke tak? kahkah!



nota kaki: aku dah determine untuk sambung belajar clinical psychology. requirement dia macam agak sukar untuk aku dapatkan tempat belajar. tapi, belum cuba belum tahu,kan? moga Allah mudahkan! insyaAllah!

Dr. Nur.

keh.

No comments: