Pages

Friday, January 20, 2017

Funny

semalam opismate aku tetiba tanya aku sambil gelak2 (yang aku pasti amat dia gelakkan aku, cuma aku taktahu atas sebab apa)

'has anyone told you that u are funny?'

aku angkat muka tengok dia. pelik. random nau minah ni.

'tak. orang biasanya ingat kte ni pelik.' aku jujur je jawab. dia gelak. aku pun ikut sama. awkward.

mana tak, tiba2 dia cakap gitu kan? mana ada seumur hidup ni orang cakap aku macam tu. i mean, mungkin tak secara terus terang macam dia la... dan jujur jugak, memang orang anggap aku pelik. hahahaha wonder why~

'sori gelak' dia cakap sambil tahan ketawa. aku menyengih. taktahu nak balas apa. bagi aku, orang anggap aku kelakar ni satu compliment yang sangat best. hahahahaha..... sebab aku jarang kelakar. (sejenis makhluk serius yang tahu bincang hal yang serius saja -skema-) dan yang sebenarnya aku taktahu tang mana yang kelakarnya. 

dia banyak gelak sebab aku selalu guna bahasa melayu yang pelik2. 

contoh macam;

nak guna kereta office, orang biasa guna 'booking' aku cakap ngan dia;
'nak tempah kereta' 

instead of sit up, aku guna 'bangkit tubi'...

aku punya fb dalam bahasa melayu...

dan ada lagi laa beberapa insiden yang menyebabkan dia rasa aku kelakar...in which pada aku sebenarnya biasa je. tapi bila orang lain anggap ianya kelakar, aku redhakan ajelahhhh

orang depan gelakkan aku sebab aku guna bahasa melayu.
orang tepi gelakkan aku sebab aku kuat makan
orang belakang gelakkan sebab aku clumsy.

hmmmmm

mungkinkah aku ada bakat terpendam hiburkan hati orang? hahahahaha

kbai.

No comments: