Pages

Thursday, December 22, 2016

Menguji Ikhlas

Baguslah jika tiada yang memujimu, Allah sedang mengujimu IKHLAS.

the words always strike my heart.

kerana, dalam diam, setiap kali habis program, ada sahaja suara hati kecil ini bertanya jika ada yang ingin memuji penyampaian aku tadi.

Allah.

malu pula bila ingat balik niat hati yang terlintas ni.

semalam aku habis program di ofis. dengan anak2 staf. ramai yang memuji program, tapi bukan aku.

isnin, semasa persediaan program, aku gugup. nampak jelas ketidak-percayaan staf yang lain pada aku. down namatey.

selasa, aku period pain yang teruk. langsung tidak mampu nak buka suara pun.

rabu, program dalam keadaan separuh menanggung sakit dan kepenatan luar biasa yang aku sering alami saat period pain. tapi bila pegang mic, semua macam hilang. fokus utama hanya adik2.
sudahlah pagi2 program itek ni buat hal. tiba2 takboleh buka pula. dah la modul slides utama ada dalam ni. nangis2 aku dalam dewan. hilang macho buat seketika.

(note that aku PALING tidak suka menangis depan orang)

jadi, lepas habis program, dan melihat wajah puas hati wakil kelab yang menganjur program, aku rasa sedikit lega daaannnnn mengharapkan sedikit pujian. ceh.
bodoh benar kehendak hati ni.
entah apa perasaan adik2 ni jika dia tahu rasa hati si trainer ni.

dan seharian ni, bila hampir setiap HCD memuji fasi, aku jadi semcm nak memberontak pun ada.

the whole module concept aku buat.
lagu, slides, videos..pun aku.
gaya lagu aku buat.
ajar dan latih fasi aku buat.
yang menyampaikan keseluruhan modul, aku jugak.

tapi yang dapat perhatian, fasi?
(gitula rasa bodoh yang timbul hari ni)

sebab?
TAK IKHLAS.

hah!
dan kau mengharapkan adik2 berubah atas ketidak keikhlasan kau tu?

tiba2 suara hati ni keluar petang tadi. saat2 melihat fasi membungkus dan membahagi surat2 tulisan adik2 ni dalam sampul untuk diberikan kepada ibubapa. jeles sahaja lihat mereka gembira begitu.
dan bila..entah macammana, ayat..

BAGUSLAH JIKA TIADA YANG MEMUJI, ALLAH SEDANG MENGUJIMU IKHLAS

terlintas di hati tadi, terus aku beristighfar panjang. terus rasa malu. bagaimana mungkin aku mengharapkan Allah untuk buka hati adik2 ini untuk berubah dan menjentikkan hidayah pada mereka jika aku sendiri mengharapkan sesuatu yang lain dari itu.

Allah.

terima kasih atas nota kasih sayang yang Kau timbulkan tadi.

pedulikanlah pujian! bukan boleh dibawa masuk kubur.

yang penting? program berakhir dengan jayanya dan?

adik2 ini pulang dengan senyuman yang melebar luas.

moga Allah sentiasa memelihara kamu sayang2ku.

kakak sayang awak semua.

jumpa di syurga kelak, insyaAllah?

sakit,penat dan cuak tu....Allah tahu...Allah tahu nurul...cukup sekadar itu.

(dan sekrang korang pulak tahu. kahkah!)

No comments: