Pages

Sunday, December 25, 2016

Bakal Anak Sedara

Sepagi tadi aku isi masa dengan geng MISA.

aku taktau macammana nak describe geng ni. yang pasti kami bertemu atas satu minat yang sama, menanam. walaupun awal dulu aku takdela minat menanam sangat. masuk pun hanya sekadar menambah ilmu tentang alam.

serius tak sia2 masuk. mengenali MISA adalah antara keputusan terbest yang pernah aku buat. Alhamdulillah!

Dan tadi en.hud, cikgu kami bawa anak sulung dia. memula aku ingat budaknya dah habis SPM. rupanya baru nak masuk 16 tahun.

dan aku terus jatuh hati.

weiiiiiiiiiiiiii.... budak baik, pandai menanam, bijak, soleh, sopan, suka mengemas, suka bergurau, haaa..kau nak pakej apa lagi? semua ada kat dia. siapa yang tak jatuh hati? terus aku cop untuk anak sedara. hahahaha...... bekerja dalam dunia korporat, susah aku nak jumpa lelaki yang ada pakej macam tu. (kat dunia luar pun.)

dan....aku hanya jumpa semua2 ni dalam geng2 MISA. i guess, lelaki yang suka menanam ni, dekat hatinya dengan alam, dan dekat jiwanya dengan Tuhan. bila dia mampu berhemah dengan alam, mudahlah dia berhemah dengan manusia.

tekad sungguh2, ada anak aku nak ajar menanam.

biar dia membesar dengan tanah.
biar dia sihat dengan alam.

ahhhh...rindu MISA.

rindu berpeluh mencangkul tanah.
rindu memetik makan segala tumbuhan yang membesar di kebun tanpa kisah apa rasanya.
pahit, payau, masam, segala kami telan.
sebab?
ia menyeronokkan!

hahahaha...

eh id. mohon tunggu anak sedara saya membesar juga. nanti kami pergi pinang awak ok?!

*sengih*

No comments: