Pages

Tuesday, December 27, 2016

Azam Baru

Berjumpa dengan 2 3 orang sahabat baru2 ni buat aku terfikir, apa azam baru aku untuk 2017.

Dan memikirkan aku bagai tiada impak besar tahun ni buat aku termangu seketika…
Adakah ujian ketenangan ini sebagai langkah persediaan untuk aku menghadapi ujian yang lebih besar kelak?

Haihla. Negatif sangatkah aku dengan Allah?

No.

Aku hanya meluahkan bahawa Allah itu baik sangat pada aku sehingga dia memberikan ketenangan pada tahun ini sebagai langkah persediaan menghadapi ujian yang lebih besar kelak.

2016.

Banyak hal yang aku belajar tahun ni. BANYAK NAMATEY!
Terutamanya dalam hal pekerjaan.
Bekerja dalam dunia korporat (separa. Pfffttt) membuka mata aku tentang satu dunia baru.
Hilang sudah dunia kanak2 yang selama ini aku takut2 sangat untuk kehilangan.

*gelak*

Aku belajar untuk bertoleransi.
Belajar bersikap professional dengan rakan sekerja.
Belajar untuk lebih terbuka dan pandai membawa diri dengan rakan sekerja.
Belajar menaip surat dengan konfiden.
Belajar bercakap di telefon dengan penuh hikmah dan professional.
Belajar untuk berkata tidak atas sesuatu yang ku rasa salah.
Belajar excel.
Belajar words.
Belajar memberi training di hadapan rakan sekerja.
Belajar bercakap dengan orang yang lebih tua/pangkat tinggi.
Belajar untuk lebih konfiden dengan diri!

Hahahaha…. Sungguh, Allah ni baik.

Banyak hal yang aku minta padanya awal tahun 2016, tapi yang diberi?
LEBIH BANYAK LAGI!

Oh ye, aku juga belajar untuk MEMINTA TOLONG dengan adik beradik aku.

Funny eh?

Membesar sebagai seorang yang independent dan keras kepala, aku rasa ini kali pertama seumur hidup aku, tidak kisah menunggu dan mengharap kepada keluarga.
Dan ia memberikan keputusan yang agak baik!
Aku lebih rapat dengan keluarga!
Abecik takpernah lupa untuk memberikan aku kek.
Ikah dah semakin kurang mengamok.
Husna sering risau pada aku (ia agak kelakar. Tapi pedulilah. Gagagaga)
Hisyam akan sibuk juga menyuruh sesiapa ambil aku di ofis.

Aku masih ingat masa mula2 mahu minta tolong family untuk ambil dan hantar aku ke ofis. Hahahaha…. Menangis2 sebab stress.
Sekarang ni, kisah apa.
Orang ambil, ambil.
Tak ambil, paksa ambil.
Takdapat ambil jugak2, aku balik sendiri.

Janji wa hepi.
Buat apa stress pada hal yang boleh diselesaikan.

Kan?

Aku juga belajar menghadapi kerenah orang emo. Gahahahaha….
Sumpah aku sekarang jenis malas nak layan orang emo.
Siap macam hairan apahal dia emo.
Dan malas juga rasa bersalah atas hal yang tiada kena mengena dengan aku. (tapi…ni….masih susah nak hilang. Wuuuu)

Dan yang paling ketara untuk orang Nampak, juga family…

Cara aku berpakaian.

Dulu nak pakai kaler pelik sikit pun cuak.
Nak pakai lipstick pun malu.
Sekarang, relaks je.
Hari aku rasa meriah, aku pakai liptik merah.
Hari lain aku lepak.
Paling best, family pun takcakap apa.

Hahahahaha…

Ok lah. Dah banyak sembang.

Terima kasih untuk tahun yang terpaling banyak aku belajar untuk dewasa.
Terima kasih Allah untuk kasih saying yang tidak terhingga ini.

Aku tahu, aku masih lambat mengesot untuk mencapai cita2.
Tapi aku tidak akan pernah putus asa dengan rahmatMu.

2017,

Let’s Head On!

ps: kaler lain sebab aku copy dari email. hahaha. epik giler malas aku nih. copy bulat2 je dari private emel. kbai.

No comments: