Pages

Saturday, November 26, 2016

Human Resource

takpernah aku mimpi akan jadi sebahagian dari team HR.
walaupun aku cover hanya bahagian training, tapi still, aku tetap bawa nama HR kat mana2 aku pergi dan muka2 Training Provider la yang paling berseri2 bila dengar aku dari HR sambil semangat nak ambil no phone aku.

oh lupa, muka2 orang yang nak minta kerja sekali.

aku takpernah ada perasaan 'team HR'.
dan aku hanya rasa biasa je.

SE.BE.LUM. ni......

selepas dah hampir setahun kerja, segala mendalah HR tu aku kena telan. nama exec HR kena bawa merata2 dan orang agak takut dengan geng HR. (dulu aku taktau kenapa.. sekarang baru rasa)

pengalaman...hahaha..

aku ingat lagi masa awal2 aku kena call orang, kemain cuaknya.
nak2 kalau kena call training provider. sumpah cuak wei. 
siap minta kawan aku sediakan skrip lagi apa aku kena cakap.
sekarang macam bertih jagung. \

dulu kalau nak minta staff htr requisition form kemain berhalusnya cakap.
siap gagap2 n serba salah lagi.
haha.. sekarang,
kau hantar, hantar. taknak hantar, babai.
hantar lambat, dengan supervisor2 dia aku marah.

semua berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar team aku.
aku pernah kerja dulu yang team nya walaupun 'ke jannah, ukhwah fillah abadan abada' tapi bila bab mengajar, pepandai kau nak hidup.
dan lebih kepada pelekeh kalau orang tu tak pandai.

rasa sedih pula ingat.

anyway,
kalau korang rasa buntu masa awal2 kerja, jangan malu nak bertanya.
tanya dan belajar.
sentiasa upgrade diri.

aku takpernah malu dengan apa yang aku buat masa awal2 aku masuk dulu. 
memang macam budak2 tapi bila orang ramai perasan perubahan demi perubahan yang berlaku kat diri ni, itu adalah satu pencapaian untuk aku.

tak gitu?

tak ke boring kalau orang nampak tahap kita yang sama sejak dari masuk kerja sehingga bertahun lamanya?

bukankah seronok bila perubahan diri tu, bukan setakat kita sahaja rasa, malah orang lain juga!

challenging woih! hahaha


No comments: