Pages

Monday, June 13, 2016

Terasa hati

tadi aku terasa  hati dengan rakan sekerja.
sebab aku terpaksa buat 2 3 kali kerja yang sama semata2 sebab dia takde masa nak tengok kerja tu. (tbh, now i feel like an idiot writing this down. tp anyway..)
i understood much that she was busy.
cuma entah, sebab aku manusia, dan taksuka buat benda leceh.
bila terpaksa buat benda leceh  2 3 kali naik geram juga aku.

tapi yang aku nak cerita, saat tadi.
bila aku betul2 tengah geram.
aku taktahu nak channelkan amarah aku pada siapa.
aku taknak bercerita kepada rakan sekerja yang lain sebab nanti ia jadi fitnah dan mengumpat.
huishhh..nauzubillahi min zaalik!
mohon jauh dari Allah aku terlibat dalam menabur fitnah manusia.

aku capai Quran.
mohon Allah pujuk.
sungguh2 minta Allah pujuk.
Sebab aku memang tengah geram dan marah. nanti takdpaat fokus buat kerja.
buka Quran, takdapat ayat yang kena mengena dengan rasa hati aku.
sedih.
apakah Allah tidak mahu memujuk?
adakah dosa aku menghalang Allah dari memujuk?

aku buka wassap.
yep. aku dah buka wassap. tapi bukan utk mereply pun. taknak bagi hp hang. hahaha... (alasan)
terbaca wassap dari seorang adik yang aku sayang keranaNya.
semalam baca sekadar kurangkan ribuan text yang masuk.
hari ni baca semula terdetik utk dengar apa yang di textkan.

'kak. nah. hadiah.'
sambil letak link maher zain-let it go.

dengar.
senyum sambil berair mata.

ok Allah.
You win.
You always win anyway.
You always know the right way to console me.
How to care my heart.
How to make me smile.
T^T

walhal aku dah buka wassap semalam. tapi tak terasa nak dengar lagu tu pun.
hari ni, entah kenapa, ayat;
'nah, hadiah' pun buat aku terasa seperti dapat hadiah cash dari Allah.
Baikkan Allah?
O Allah. Thank you. I Love You.

Entah kenapa aku suka perasaan dipujuk begini.
Terasa disayang.
Terasa diperhati.
Terasa didengar.
Terasa....entah...bahagia?

Mungkinkah ini nikmat,
merasakan Allah itu sebagai kekasih hati?
Yang faham kita inside out?
Yang tidak mungkin mengecewakan.

*senyum*

Oh Allah.
Terima kasih. Again n again.

No comments: