Pages

Thursday, June 23, 2016

Penulisan L: Cantik

Cantik. Tip satu.

Kisah Cik A dan sahabatnya Cik B. Cik B mengadu pada Cik A rakan2 sekerjanya tidak sukakan dia dan mahu berhenti kerja.

‘kau perasan tak B?’ tanya A.

‘perasan apa? Yang deorang taksuka aku sebab aku lagi cantik dari deorang?’

‘tak. Mana2 pun kau pergi, orang tak suka kau?’ balas A laju2.

‘biasa la tu dalam ramai2 mesti ada yang taksuka. Aku pun taksuka semua orang.’cik b balas gelak2.
‘tapi luarbiasa lah kalau setiap semuanya datang hal yang sama pada kau. Dan bila hal ni jadi lagi kau tukar kerja lagi.’

‘maksud kau?’

‘kalau kau terus macam ni, pergi mana2 pun orang tetap tak suka. Kau mungkin boleh tukar2 tempat kerja dan suasana, tapi kau tak boleh ubah hati manusia yang  lihat busuk jiwa kita. Kerana yang busuk itu walau cuba ditutup rapi akan terbau juga’

Diam.

Beku.

Cantik mana agaknya kita andai mulut kita penuh dengan fitnah umpatan? Mengata keji manusia. Mengutuk2 hal peribadi seseorang. Membuka aib, melondeh bogel segala hal yang cuba ditutup rapat ‘kawan’.

Untuk apa?

Kepuasan diri dengan menjadi penagih benci orang lain kepada yang lainnya?

Kadang sahabat, jika yang sering buruk dilihat kita itu, sebenarnya yang menggambar bagaimana hati kita keadaannya.

Buruk. Jijik. Sering melihat hina setiap duduk diri seorang manusia hanya akan menyebabkan diri kita langsung jauh dengan tenang. Langsung sukar merasa gembira. Kerna kita rasa gembiranya kita dengan lihat jatuhnya manusia lain.

Itu konsep yang salah.

Merasa gembira dengan melihat kegembiraan orang lain itu baru konsepnya bahagia! Dan jika kita sering2 merasa bahagia dengan mudah, kita pasti akan terlihat cantik sekali!

Nah. Tips aku yang pertama ni mudah saja kan? Jaga mulut. Jaga hati. InsyaAllah cantik. Kerana kau kena percaya ni,

Bila kita cantik dipandangan Allah, orang lain pun akan turut melihat kita cantik.

*senyum*


Kerna yang wangi itu, walau sudah ditutup rapat di dalam kedap botol pun turut terhidu baunya di luar! 

Yang gemar melihat sicantik hati,
L

No comments: