Pages

Monday, June 27, 2016

Penulisan L: Akhlak dan Cantik

Tips cantik dua.

Aku solat di surau office dan aku perhatikan ada satu rak kasut betul2 di tepi pintu surau yang orang tak pakai.

Rak kasut ada. 
Tapi kasut nya bersepah di depan muka pintu. 

Aku jadi bingung mahu tegur bagaimana. 

Soal adab ni sudah jadi isu yang sering dipandang ringan kita-kita. Menyangka ia tugas orang lain, bukan diri sendiri.

Adab masuk bilik ketuk pintu bagi salam.
Adab memberi tempat duduk pada yang hak.
Adab bercakap dengan nada yang lebih menyenangkan di tengah ramai kerana tidak semua manusia mahu tahu tentang apa sahaja yang kamu bualkan.
Adab menegur dengan berhikmah.
Adab membersihkan tempat yang kita gunakan.

Kita sibuk bercerita soal besar hukum najis ini najis itu, melecehkan hal yang mudah. Memudahkan hal yang tidak sepatutnya tetapi soal akhlak dan adab kita tolak tepi. Menidak mungkin itu adalah urusan kita semua.

Aku penat. Kenapa nak bagi tempat duduk pada orang lain pula?

Aku punya telefon, suka hati aku hendak bercakap sekuat mana.

Tandas awam ni ada cleaner. Biar dia sahaja yang bersihkan.

Akhlak saudara saudari ku. Akhlak. Hal yang kecil mudah ini jika tidak dijaga akan melarat-larat ke tempat lain pula.
Kita sibuk ingin menampak cantik dengan pakaian, gaya rambut, gaya tudung, rias wajah, untuk tatapan manusia. Tapi sedar tak kita, segalanya akan kabur jika kita tiada akhlak?

Cantikkan seorang gadis jika membuang sampah tisu hingusan merata-rata ketika dia sedang berjalan?
Hensemkah seorang lelaki membiar najisnya tidak dibersihkan keluar dari tandas?
Bergayakah kita jika kasut mahal dibiar bersepah di depan pintu surau sedang rak kasut begitu hampir dengan pintunya?

Jadi sahabat, 
jangan terlalu sibuk memandang hal yang besar-besar sehingga sekecil-kecil perkara kita masih gagal jalaninya sebagai manusia.
Usah merasa cantik anggun dengan pakaian andai akhlak diri kita masih lagi terumbang ambing untuk dibetulkan.

Cantikkan akhlak sebagai mana kita mahu wajah kita cantik dipandang.
Hensemkan akhlak sebagaimana kita mahu muka kita hensem dilihat.

Semoga kita semua bukan sekadar cantik dipandangan manusia, malah Allah juga! Dan bukankan cantik dipandangan Allah itu lebih patut kita fokuskan? 

*senyum*

Selamat mencantik akhlak sahabat.
Semoga kita berjiran di syurga kelak!

Yang sering mahu ditarik sahabat untuk ke syurga bersama,
L

Notakaki:

Kalau ada orang tanya, ‘kenapa nak susun kasut elok2 nanti nak pakai balik juga’

Bilang sama dia, ‘kenapa nak mandi hari2, lama2 busuk juga’

No comments: