Pages

Wednesday, June 22, 2016

Kantoi

tadi aku masuk bilik stor filing.
untuk?
makan. hahahaha..

nak masuk bilik tu kena lalu kawasan payroll yang di dominasi oleh kaum2 wanita ni.
so, memang bilik tu jadi tumpuan orang2 yang takle pose macam aku laa.. bilik keramat. hahahaa.. nak curi2 makan, minum, situla.

dan aku kalau masuk situ memang tak tutup pintu sebab takde authorization pun. dan bilik tu kind of p&c.
masuk2, aku terus mencangkung (solehah namatey -_-") sambil makan bskut.
then ada sorang kakak ni masuk sebab nak minum air. dia duduk belakang pintu, aku duduk ngadap pintu.
sama2 solehah.

tengah syok borak dengan dengan dia, aku macam perasan ada orang berdiri depan muka pintu lama. biasanya kekakak ni takdenya nak berdiri lelama. deorang pakat redah masuk je bilik tu, kalau yang puasa akan cakap;

'oh?'

yang tak puasa akan cakap;

'geng!'

so, aku gigihla berpaling.
dalam keadaan mencangkung, bersandar dekat kabinet file, tangan kiri pegang plastik biskut, tangan kanan tengah pegang biskut.

aku nampak sejenis makhluk yang memang takterjangkau dek akal akan berjumpa aku dalam keadaan macam tu.

LELAKI.
Yang aku paling jarang tego. yang aku jumpa sekadar sengih. yang takpernah aku tunjuk tatacara peel pelik2 melainkan yang solehah sahaja,
tengah berdiri, berpeluk tubuh sambil tersenyum.

aku ulang eh.

that guy..alien guy in fact sebab dengan orang lain dia mesra giler (sampai kekakak ni selalu paggil adik akak, adik akak,), dengan aku, sepatah perkataan pun payah nak keluar,
tengah berdiri depan pintu, berpeluk tubuh, tengok aku mencangkung sambil tengah makan biskut masa bulan pose, senyum nonstop.

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....

malu oke!
malu nak namatey sampai aku tengok dia balik dalam keadaan takberkelip kat 5saat. otak blank wey. serius blank.
last2 aku tersedak2, baru kakak depan aku perasan n tutup pintu.
sumpah rasa nak masuk dalam kabinet je sehari ni.

so notakaki kepada ciknurul masa depan;
jangan mencangkung des.
in fact, nak makan time bulan pose, tutup pintu.
T.T

cerita lain;

HCD nak buat buka pose ahad ni.
aku tanyala gegirls siapa yang pergi.
takde.
yang pergi semua kekakak n kaum lelaki.

-..-

deorang pulak macam kesian giler dengan aku. sebab?
aku takbanyak cakap. aku terlalu pendiam dan solehah (pffffftttttttttttttttttttttt....) smpai orang nak mengusik aku pun fikir 2 3 kali. deorang memang anggap aku pendiam dan fragile (pfffftttttttt lagii)
pernah sekali sorang kakak cuba mengusik n kejutkan aku, aku terkejut dan sebut;

'subhanallah'

lepas tu dia tak usik dah.

ada sekali aku cuba berborak dengan sorang kakak ni, agaknya nampak rancak berborak, orang dtangla, (deorang suka bergosip n nak tau borak apa) bila tau aku tgh borak berkaitan modul, angguk2 lepas tu pergi.

then, bila nmpk aku rancak berborak, memang takdelaa orang datang menyinggah nak bergosip. kahkah..

so berbalik cerita tadi, bila dah takde gegirls yang pergi, aku macam kena tumpang yang lelaki laa...

deorang cadang nama sambil kata;

'dia oke je. tak pelik mana. saya pernah naik kete dengan dia..selamat'

hahahahahaha... comel giler deorang.
dan kalaulaaa deorang tau aku kat lua cane.

hmmmmmmmmmmmmmmmmmm

No comments: