Pages

Thursday, June 16, 2016

Daging Salai

macam2 orang zaman sekarang meniaga,kan?
daging salai pun aci buat frozen.
dan aku antara yang paling awal terjebak dengan makanan kat atas ni.

dari sejak aku menempah lagi dah terbayang2 masak lemak cili api daging salai.
haha..
tadi, dapat je daging salai, terus aku sengih lebar.
kemain nko kan sekrang mekyun.
beli bahan dapur macam dapat emas.
hahahaha
dapat gaji pun tak excited macam ni.

seronok okeyh.
masak untuk orang.

tadi waktu menumbuk cili, terpecik kat tangan n muka.
dengan gigih aku menggosok buang
sebab tangan tengah menumbuk lagi, aku buang guna lengan
-_-
such an idiot i was.
sekarang dah panas habis lengan n muka.

tadi aku marah sangat dengan seorang opismate aku
(told ya, kebelakangan ni aku senang giler spark)
aku taktau apa yang buat aku sedih n marah sangat,
he mad at me for things i dont understand
or being mad at for things i dont even know!

yang pasti aku bengang giler n sedih
terus mata berair2.
sekarang ni, aku hanya dengar dua benda.
irama lagu yang aku guna untuk modul, atau talks.
tadi masa kena marah, aku tengah dengar lagu iringan yang sedih.
memang parah laa kan lagu muhasabah aku dgr masa tengah sedih.

-_-"

tadi terlupa bawa Quran.
jadi taktau nak belek macammana ayat2 random Allah utuk pujuk hati.
so aku decide utk baca je mana2 surah yang aku hafal.
buat sejuk hatiii kekonon. ceh. kalau dah nama baran...

mula2 mulut dah baca alif lamm miimm... dan seingat aku, aku niat nak baca surah sajadah,
sekali tetiba mulut laju menutur ayat Qursi.
aku hanya perasan aku baca ayat Qursi bila dah nak habis ayat dah.
yela, mata tengah mengadap slide presentation yang kami gaduhkan,
telinga tengah dengar lagu irigan,
mulut kumat kamit sendiri.
tup2 salah baca ayat.
kahkah..

tapi seriousla..
lepas baca ayat Qursi, hati aku rasa legaaaa sangat.
*senyum*

betulkan?
Ajaibkan cara Allah memujuk?
kan?
kan?
kan?

hahahahahahaha...

lepas tu terus insaf.
mana nak dengar lagu.
mana nak membaca ayat Allah.
pelik2 betul aku ni.

ish.

hari ni pedih perut seharian.
sebab?
takbangun sahur.
dan semalam aku makan sejemput je.

*sigh*

padan muka.

oke dah.
sekian bebelan yang takrelevan dengan hidup korang tapi aku taktau kenapa korang sanggup jugak2 membaca sampai habis.
tahniah!

ohye!
tadi ustaz ada bagi tazkirah kat opis aku.
dia tanya;
dah 11 ramadhan, apa je kita dah buat?
soalan paling pedih kat alam untuk hari ni.
terus aku nangis.

dia kata lagi, tahun depan belum tentu jumpa lagi dengan ramadhan.
dah kenapa takberebutkan pahala masa ramadhan sekarang?
oke.
takke macam kena tembak terus ke jantung tembus sampai ke kelantan nun?

moga2 kita semua mendapat pengampunan dariNya, insyaAllah.
Wahai Allah, lindungi kami dari fitnah dunia.
Wahai Allah, ketemukan kami di syurga.
Wahai Allah, suburkan iman ke dalam hati kami semua.

Assalamualaikum.

No comments: