Pages

Monday, June 27, 2016

Cheat day

kepenatan.

Dari sabtu, membawa ke ahad.
masuk isnin, aku dah semacam lemau.

sabtu, sampai2 di sungai besar kami memancing. kemudian berjalan2 mecari kerepek, kemudian membuat layang2, kemudian mengagau ikan, mandi, buka puasa, solat tarawikh, menyiang ikan, berjalan malam, makan2, bermain bunga api dan tidur.

konon nak bangun qiam hanya tinggal konon. sedar2 sudah 530 am.
solat subuh, berkemas, bergambar, balik kl. pergi jalan2 wangsa walk, main bunuh2 zombie, main bowling, main lumba kereta, main menari2, cari heels aku yang gorgeous tu.. (hahahahaha) dan balik rumah macam nak pengsan. kemudian terus bersiap untuk berbuka puasa dengan HCD.

aku sampai terpaksa minta untuk tidur dalam kereta sementara menunggu waktu berbuka sebab terlalu mengantuk dan letih. nasib lerr opismate aku ni jenis yang sgt baik n memahami. haha.. masa tersengguk kat meja makan, deornag yang beria hulur kunci kereta suruh aku tidur dulu.

2 hari yang full.
badan dah semacam tak boleh cope. tambah2 sejak aku takberapa nak sihat ni kan (*rolling eyes* bila boleh sihat daaaaa)

hari ni pula, full. kena bantu team siapkan rating SPA. punyala sibuk sampai taksedar dah 430ptg.

maka, hari ni aku cheat day. he he he.

tak masak.

hahahahahahahaha

dan petang tadi aku sibuk mereply what's app orang.

yela, bila tak masak, masa aku jadi banyak free la. so aku cheat sekali ngan wassap laa.. kahkah..

adik2 balik dari bazar semua hairan. sibuk tanya kenapa aku takmasak. T_T
minta maaf ne.
esok2.. kita sambung balik des.

btw, homestay yang aku pergi tu lawa giler! seriuslaa korang kena pergi!

aku dah aim dah. tempat tu akan jadi escape place aku kalau aku stress. hahaha...
jalan2 kat sawah, mandi lumpur, memang pakej terbaik daghi ladang lah!

tunggu aku buka insta balik, nanti aku share gambar2 kat situ.
blog ni aku nak jadikan tempat total aku menulis, malas nak letak gambar.

ohye, aku nak perkenalkan sorang adik ni yang aku nak bagi nama keledek or rengkasnya dek.
okelaa kan. hahahaha

comel giler budak ni weiiiii...
comel dan annoying sampai kau rasa konpius patut rasa bengang ke patut gelak.

dalam 14orang yang pergi program hujung minggu sebelum ni,
dia yang paling aku rindu.
tahap rasa nak culik dia letak dalam beg, bawak gi opis.
haa... ko duduk laa membebel kat dalam laci meja hakak tu dek.

dan korang tahu ajelaa kan,
kalau aku dah start bagi nama samaran kat orang tu, aku akan banyak bercerita tentang dia kan?
hahahahaha...
gasaklaa ko dek.
kita tengok test siapa lagi annoying, akak ke ko.
kahkah.

anyway,
bercerita tentang cheat-day,
aku rasa cheat day aku dah bermula dari sabtu hari tu lagi.
bila kegilaan aku jadi luar biasa yang aku pun heran datang dari mana giler aku tu.

agaknya dah lama tak 'melepak' atau berbual kosong, sekali mengarut tu, memang win laa..
nak tidur pun aci berbalas pantun lagi tu..
dah tu gi main kat arked tahap takhengat donia dah.
aku pun rasa dasyat dengan diri sendiri.

biasanya solehah je (koff2..koff2)
T.T
dan aku menyalahkan sifatnya seorang manusia.
yang sering lupa.
yang sering mahu ada 'cheat-day'  sendiri,
tanpa sedar,
segala keputusan, tetap di tangan aku.
mahu teruskan atau tidak.
mahu kembali atau tidak.
mahu 'frank-day' atau terus kekal 'cheat-day', SEMUA terpulang atas diri sendiri.

tak gitu?
cik PC?

No comments: