Pages

Wednesday, June 29, 2016

Ayam masak merah

hari ni tekak tiba2 nak makan ayam masak merah.
gigih aku mencari bahan tadi.
mula2 test blender takle guna, aku dah terasa kepedihan di hati.
pastu aku ambil inisiatif untuk tumbuk je bahan2 (rela tuuuuu...teringin punya pasal)
datang kakak ipar, dia pusing sekali je terus boleh guna blender. T.T (blender tak suka aku)

aku macam bajet ayam masak merah aku ni agak pedas sikit sebab aku takbuang biji cili kering sangat.
so nak counter dengan goreng kubis.
sekali, kubis yang pedas. kahkahkah

sebab?

aku terrrrletak lada putih banyak.
kelam kabut. mana nak masak, mana nak buka puasa lagi, haru laa aku kat dapur sorang2.
hahaha...

tapi anyway, ayam masak merah aku kena puji ngan kakak ipar. (koff koff)
jadi K, saya dah boleh bagi awak makan ayam masak pedas saya ..eh.. masak merah. hahahahahahahahaha...

cerita lain;

hari ni ada tazkirah kat opis.
ustaz tu tinggalkan 4 pesanan yang sangat mudah, tapi.... kita jaaarang buat. T.T

1) berterima kasih kat Allah.
dalam sehari2 kita hidup, kita makan, kita pakai baju, kita sihat, berapa kali je kita berterima kasih pada Allah.
sejak 2 3 hari yang terlalu bz ni, solat sunat tarawikh ni macam dah kena skip terus.
mana tak, lepas maghrib terus kiok.
sedar2 dah pukul 5. isyak pun terkejar tau.
Allah.
so pagi tadi muhasabah diri balik dan berterima kasih kat Allah sebab masih lagi bagi aku peluang hidup dalam ramadhan ni, tup tup tazkirah pasal ni. memang peringatan cash je Allah bagi.

T.T

insaf.

ramai orang kat luar sana yang nak makan pun susah. yang sakit, yang takde pakaian baru, kita yang ada semua ni (aku assume gini sebab korang mampu baca blog. hagak2laa kan boleh baca blog tapi takde baju nak pakai. aku bako laptop ang kekgi) jarang2 sekali kan nak rasa betul2 bersyukur atas ni'mat yang Allah kurniakan.

ustaz bagi contoh, 2 orang anak yang kita bagi seringgit seorang satu.
anak pertama, muncung mulut sambil merungut sebab dapat seringgit je.
anak kedua, cakap terima kasih sebab bagi seringgit dan kelihatan sangat gembira dengan pemberian kita.
agak2nya, anak mana yang kita lebih sayang? dan agaknya watak anak mana yang kita sedang ada dengan Tuhan sekarang?

2) sentiasa berdoa.
doa ni mudah ja. dalam hati, tengah drive, tengah buat apa sahaja kita boleh berdoa.
doakan orang sekeliling. doakan sahabat2, doakan apa sahaja yang terlintas di hati sebab itu tanda kasih sayang yang sangat besar dan jelas. mendoakan saudara kita yang lain.

dan Allah, Yang maha Pengasih lagi maha Penyayang ni, amat2 SUKA manusia meminta2 denganNYA. Sebab? Allah ni KAYA. yang terpaling kaya. yang memiliki segala isi langit dan bumi, minta sahajalah, kompem DIA bagi,

ini tidak, dengan Allah bukan main sombongnya kita. doa pun sekadar lafaz hafazan bibir tanpa betul2 niatkan..
kononya setiapa apa yang kita dapat hari ni adlah berkat segala usaha kita sendiri.

Allah.

moga kita semua dijauhkan dari sifat orang2 yang rugi dunia dan akhirat.

3) menggembirakan orang di bulan ramadhan.
tak susah pun.
tanya mak nak makan apa, kita masakkan.
tanya kawan serumah nak apa, kita belikan.
belikan baju raya untuk adik2.
untuk orang yang susah. dengan niat mahu menggembirakan hati mereka, Allah menjanjikan mahligai di syurga.

Baikkan Allah?

sebab kita tak tahu.. amal yang mana menyebabkan kita masuk ke syurga.
seorang pelacur memberi minum anjing yang kehausan dapat masuk syurga.
seorang abid yang beribadah berpuluh tahun tetapi pengakhirannya tersungkur sujud di hadapan iblis, masuk neraka.
seorang pembunuh yang membunuh 99 manusia, masuk syurga kerana mahu bertaubat.
dalam ribuan hal yang tak pasti di mana pengakhiran kita, bagaimana dan bila, yang perlu kita buat bukankan melakukan amal sebanyak2ya?

mana tahu orang2 yang kita gembirakan ini tanpa henti mendoakan kita?
setiap kali melihat baju yang kita belikan
setiap kali makan makanan yang permah kita masakkan.

mana tahu...kan?

4) bersedeqah di bulan ramadhan.
sesuatu yang aku nak beramal denganya; memberi 'duit raya' pada bulan ramadhan.
sebab?

pahala yang berganda2la!

bukankah rugi nilai yang kita beri pada bulan syawal yang banyak2 tu berbanding bersedeqah pada bulan yang mulia ini?
sedangkan setiap amalan kita pada bulan ini berganda2 pahalanya berbanding bulan2 yang lain?

adudu...
serius aku rasa rugi besar aku sebelum2 ini.

bukan main bagi duit raya kat orang masa syawal.
siap simpan gaji masa ramadhan sebab takut tak cukup nak bagi masa syawal,
T_T
RUGI BESAR

sedangkan masa ramadhanlah kita patut paling banyak bersedeqah.

tak gitu?

hmmmmmmmmm...

No comments: