Pages

Wednesday, March 9, 2016

Balqis Part 7

Tentang Dia part 2

Balqis yang telah selesai membasuh pinggan, kembali semula ke dalam bilik Amir. Dia mengambil tempat duduknya di atas bantal merah besar. Manakala Amir pula menyandarkan badannya di kepala katil.

Masih lagi diam.

Balqis menjadi serba salah. Dia buntu hendak berbual apa dengan Amir yang acuh tidak acuh melayannya.

“akak...”

“awak...”

Diam.

Balqis senyum. Dibalas amir. Dan senyuman Balqis melebar melihat senyuman yang terukir di bibir Amir.

Akhirnya kedua mereka ketawa kecil.

“ok. Awak dulu.” Amir berkata senang.

“awak? Kekoknya. Akak tak biasala mir.” Selamba Balqis menidakkan.  Amir mencebik. Balqis akhirnya beralah.

“terima kasih Amir. Akak memang taktau nak pergi mana dah sebenarnya ni. Akak taknak duduk rumah dengan abah...” balqis mengakhirkan kata2nya dengan nada yang amat perlahan. Berharap Amir tidak dapat menangkap perkataan ‘abah’ yang sengaja diperlahankan.

“kenapa taknak duduk dengan abah?” Amir bertanya sambil menongkat dagu di bantal tidur yang dilipat dua. Balqis pandang amir serba salah. Dia tidak tahu hendak mula bercerita bagaimana. Dia mencongak sendiri adakah patut dibuka cerita pada jirannya atau tidak. Dia tidak begitu mengenali Amir.

“it’s ok.” Tiba2 Amir mengalah. “I dont want to push you any further” Amir cakap laju2.

Balqis jadi terkebil2. Apa benda yang mamat ni cakap niiii...

“mung kecek gapo gak mir..” Balqis  bertanya hairan.  Kemudia dia segera menutup mulut. Sudah termaktub dalam perjanjian pertama dia saat mula mengajar amir dulu;

“aku taksuka kau cakap kelantan dengan aku. Aku takfaham” tegas dan jelas.

“ahahahahahaha....” tiba2 amir gelak. Balqis memandang hairan. Bersungguh2 Amir gelakkan dia sehingga berair2 matanya.

Balqis jadi geram pula.

“Amirrrrrr.......!” Balqis bangun dan mengambil bantal merah yang di dudukinya sebelum ini. Dia memukul2 amir menggunakan bantal besar itu.

“apa?? Saya buat apa??” tanya Amir dengan tawa yang bersisa. Kedua tangannya terangkat menghalang bantal merah besar dari mengena ke badan dan ke mukanya.

Balqis jadi tak keruan. Betul juga. Apa je yang Amir dah buat?

Keadaan Balqis yang tiba2 kaku dan serba salah menambahkan lagi rasa geli hati Amir. Dia sambung ketawa dan Balqis jadi bertambah geram. Bantal merah yang telah berjaya dirampas Amir dilepaskan. Dia menyerang Amir menggunakan tangannya sendiri.

“gelakkan akak ye....” kata Balqis geram sambil mencubit pipi Amir. Ketawa Amir terhenti. Dia melihat sahaja Balqis yang mendekat dengan tubuhnya. Pipinya dibiarkan ditarik Balqis penuh kegeraman.

Balqis yang begitu geram dipermainkan Amir langsung tidak perasan dengan kesunyian suasana tanpa gelak tawa dari Amir. Dia pula yang ketawa gembira setelah dapat mencubit pipi Amir.

Hanya setelah beberapa saat berlalu barulah Balqis perasan. Ketawa amir yang telah terhenti sedari tadi dan renungan tajam mata Amir yang memandang wajahnya yang hanya beberapa inci dari wajah amir.

“errr....soghi?” Balqis cepat2 melepaskan cubitannya. Dia bangun dari katil Amir. Dan Amir terus membisu.

...

I cried again!

Ana is killing me with her words! I wish! Just how much I wish!

Ana.

I know u wont be able to read this. U dont have the time to (She is hell busy. Dont have what’s app. Dont have Facebook. Twitter. Insta. Eh. Dont have many things laa) But i will keep my words.

I promise u my dear sweetheart, your words will be heard throughout the world!

Notakaki: Seriusla I hate him! How come he can simply ignore me?! ego! huh! (yeah. banyak tanda seru tanda i geram giler hari ni!)

Posted by GadisKasutTinggi at 10:30 PM              12 comments

4 comments:

Anonymous said...

oh dah ada sambungan :)

Anonymous said...

Dah tak menulis?

puteri cahaya said...

aaaaaaaaa....saya bz namatey. sori2.. dalam perancangan. sabo2

Anonymous said...

Namatey? Nak mati? Huhu

Bz dengan tempat kerja baru eh?