Pages

Saturday, February 27, 2016

Balqis part 6

Aku jadi serba salah. mahu ke depan duduk dengan Faiz atau tidak kerana wan sudah memandang pelik aku yang berdiri macam tugu negara di muka pintu bilik mesyuarat crc jannah.

"itu... siapa ye?" tanya wan menunjuk jari ke aku tapi memandang Faiz yang lebih dekat dengannya.

"oh. kawan saya. sori. Amin, president kami tu tak dapat ikut. saya macam segan pula nak meeting sorang2 dekat sini. so saya ajak aman sekali."

"oh. aman? sorry. saya hilang spek. memang saya takberapa nak nampak jauh2. Nasibla orang baru. Risau kalau crc yang saya kenal terkecil hati pula" Wan menjawab sambil tersenyum.

haih? reti pulakkan ko senyum dengan si Faiz ni? Dengan den hari tu macam jumpa hantu. Bengang pula aku dengan si Wan ni.

"laahhh... hilang spek rupanya. ingatkan pantai contact lense. lawa semacam mata. hahaha.." Faiz gelak2. Entah sejak bila Faiz belajar ayat gula2 macam ni entah. Geram pula aku dengan si Faiz ni.

Wan tidak menjawab. dia hanya sekadar tersenyum.

Baguslah. Takpayah nak melayan sangat si Faiz tu. bukan betul pun dia tu.

"err.... Bro Aman taknak duduk ke?" tanya wan. pandangannya berkerut melihatkan aku yang langsung tidak berganjak dari kedudukan aku sampai tadi. Berdiri bersandar bahu kiri di muka pintu, tangan kanan berseluk poket.

Aku jadi serba salah. kalau aku datang mendekat, dia pasti akan kenal aku. Dan aku 100% pasti, senyuman akan hilang dari wajah manis budak kecik tu.

Aku melangkah beberapa tapak ke hadapan dan mengambil tempat duduk di barisanpaling belakang sekali. Memberi alasan bahawa aku tiada kena mengena dengan mesyuarat yang mereka adakan dan hanyaakan sekadar menjadi pendengar.

Wan mengangguk dan berpaling ke arah Faiz.

"Representative from Na'wa will be coming in a short while. douwanna wait for her or wanna proceed with just us?"

Muka Faiz blur. Semacam tidak dapat memhami apa yang dituturkan Wan. Aku laungkan dari belakang.

"Kau nak aku translatekan iz?" tanya aku gelak2. Sekadar mengusik. Tetapi Wan mengambil serius akan hal ni.

"Sorry2. Crc Na'wa akan datang lambat sikit. Awak nak tunggu dia ke bro Faiz?  Ke nak bincang kita-kita dulu?" tanya Wan bersungguh. Nampak sedikit rasa bersalah pada riak wajahnya.

ok. Aku jelas tak suka terjemahan melayu dia yang berbunyi lebut sangat. kita-kita whaaattttttt...  dan Riak bersalah tu yang paling aku taksuka. Comel sangat tu. berhenti buat muka comel boleh tak?

Faiz menyengih. Dia garu kepala. hah. Banyak kutu ke bro?

"tak.. bukan saya takfaham... cuma saya tak faham.. eh.. i mean.. i have no idea we also have collaboration with Na'wa college. I thought It is just in between us."

"Saya ada hantar email hari tu terangkan tentang hal ni. Our principal wanted Na'wa to be part of the team because they can provide us transport. Well.. in exchange of having some of their students to join in of course..."

"tapi...."

"but if u dont want it, we will call it off. So the need of the meeting today. to make such decision. Either na'wa should come with us or not"

"they are desperate in fulfilling their almanac arent they?' Faiz menuduh.

Aku menggeleng. Serentak dengan Wan. aku kenal sangat dengan Crc Na'wa. Mereka bukan jenis mudah memberi kerjasama dalam program luar jika mereka rasa program itu hanya sekadar untuk mencantikkan Almanac tahunan dan memenuhkan bajet kolej.

"ehem. Excuse me? We are not such crc's ok!" Suara di muka pintu menjawab tegas. Serentak ketiga2 kami berpaling ke pintu. Wan tersenyum. Faiz menyengih gembira. Aku berkerut memandang. oh no....

"haa... panjang umur awak!" Wajah wan ceria. Seceria wajah Faiz yang seakan tak reti nak berhenti sengih.

Farhan tersenyum memandang Wan sambil mengangkat tangan. Dia kemudia berpaling ke arah Faiz dan melambai teruja. Jelas benar gembira dapat bertemu kawan lama. Dan akhirnya barulah dia terpandang aku.

"awak. buat apa sini? Rumah banjir?" tanya Farhan spontan.

Aku gelak. Gila tak lawak. Dah lama benar aku takjumpa dia, dan perkara yang paling dia ingat adalah, aku hanya akan datang kolej pada hujung minggu kalau rumah aku banjir atau kena sambar petir. Ribut taufan pun aku takkan berganjak dari katil dan bantal kesayangan aku di rumah.

"teman......"

"Faiz! Sampai hati cakap kitaorang macam tu. Kami berniat suci dan murni ok. Ada cop halal Jakim dan sirim lengkap. Semua sebab nak bantu kurangkan bajet program korang. tarik diri kang!" Farhan laju2 menyembur Faiz. Tinggallah aku terkontang kanting dengan ayat tergantung aku penuh teruja untuk menjawab betapa aku berjodoh dengan dia semula. Ces.

Kenapa semua Faiz ni?!

"eh? korang kenal la ni?" Wan menyoal hairan.

"Mau tak kenal wan. Dia la farhan tu." Farhan mengujuk ke aku. Suara penuh menagih simpati Wan. Aku jadi serba salah. Rasa nak lari dari situ pun ada.

"dan ni...kawan baik dia?" Wan menyambung bijak. Faiz menyengih sambil membuat tanda aman.

Farhan mengangguk laju. Dia memaut lengan Wan.

"dan saya kawan baik awak. heee" Farhan bersuara nakal. Wan gelak kecil. Dia menggeleng2kan kepala.

"huuuuiihh... macam2. Shall we proceed?" tanya Wan sambil melepaskan pelukan lengan Farhan. Tegas dan bersahaja. Menarik. farhan yang degil tu pun boleh mengikut je rentak Wan. Aku membuat analisa sendiri. Semakin rasa berbunga. Semakin rasa teruja ingin mengenali gadis bernama Wan.

Tapi ya. terlebih dahulu aku kena lepasi halangan paling besar di sisi dia. Farhan. aka An. Gadis yang muncul dalam hidup aku hanya kerana berkongsikan nama yang sama. Farhan.

Aku bersandar rapat ke kerusi apabila mereka mula membaca Fatihah sebagai permulaan mesyuarat dan merasakan benjolan di dalam beg.

Aku jadi teringat.

Ah sudah! Macam mana aku nak pulangkan semula spek budak kecik ni?

1 comment:

Anonymous said...

Akan ada sambungan tak ?