Pages

Saturday, February 20, 2016

Balqis part 5

Dah sebulan aku taknampak dia. 

Dan dah sebulan juga aku jogging setiap pagi di kompleks  sukan wanita. Juga selama sbulan lah mama tak Nampak aku di rumah tiap2 pagi sabtu dan ahad. Mama dah mula bising. Pelik dengan sikap aku yang menghilangkan diri setiap pukul 530 sehingga 9 pagi. Bosan katanya tak dapat membebel pada aku pagi2 katanya. Eleh. Padahal dia nak minta aku teman ke pasar.

Bukan setakat mama, Aku sendiri bosan menunggu sikecik tu. Hoi la! Mana kau menghilang haa sipendek? Mama dan faiz langsung tidak faham dengan sikap gigih aku yang menunggu sesuatu yang mustahil macam ni (mama tahu tentang sikecik tu setelah dia merasuah faiz dengan makan malam yang sangat sedap. Dasar traitor!) dan aku, menjadi si degil ni memang susah. Aku sendiri tidak faham dengan diri sendiri.

Mana kau pegi kecik??

“Aman!”

Faiz memanggil aku dari kejauhan. Pada ketika itu aku baru pulang dari menjadi penunggu kekecewaan dan kemustahilan. Aku sebenarnya tidak tahu pun jika sikecik tu adalah pelajar uni ini atau tidak. kot dia hanya pelajar luar dan sekadar menggunakan kompleks sukan itu tempho hari..tak naya? aku tahu dan jelas dengan kemustahilan ni. tapi aku tetap degil mahu menunggu juga. apa yang aku tunggu? itu pun aku sendiri tidak tahu.

Aku mengangkat tangan malas.  

Kecewa. 

Kecewa. 

Kecewa. 

Setiap minggu aku letakkan limit menunggu sehingga hujung minggu. Tapi setiap hujung minggu juga kedegilan aku menambah lagi limit menunggu sehingga minggu depan.

“muka macam mati laki. Eh. Mati bini. Hahahahaha” Faiz gelakkan lawak sendiri bila aku sudah semakin hampir dengannya. “takjumpa lagi laa tu” sambung faiz dalam ketawa yang masih bersisa.

Aku sekadar mencebik. Malas menambah keseronokan  Faiz dalam membahan aku.

“kau nak apa?” Tanya aku sambil membuka penutup botol air mineral yang dihulur Faiz.

“aku nak gelakkan kau la man. Kau ingat aku gigih bangun pagi2 sabtu ni untuk apa?” Faiz menyeringai. Aku buat muka malas. Faiz tambah gelak. Seronok agaknya melihat aku membuat kerja bodoh begini.

“kemon la aman. She’s just a girl! Kau bukan womanizer ke sampai An pun lari?” Faiz menepuk bahu aku perlahan sambil melabuhkan punggung di sebelah aku kami berdua memandang tasik kecil yang berada di bawah cenuram tempat kami melepak kini.

Aku gelak kecil. Salah satu sebab aku sangat selesa berkawan dengan Faiz, dia sangat santai dalam menyatakan kebenaran.

“An lain la iz. Kau macam taktahu budak pelik tu” kata aku gelak2. Faiz geleng kepala. Faiz. Kalaulah kau tahu sebabnya!

“banyaklah kau punya pelik. Kata sayang mati dekat An. Last2 bersepah budak2 twitter kau usha. Dan ni.. nak tambah koleksi lagi?”

Aku tarik nafas dalam2.

Sebenarnya kalau tidak aku terserempak dengan Faiz pagi sabtu minggu lepas di Kompleks sukan wanita, mesti dia tidak tahu aktiviti baru aku kini. Kebiasaan aku yang berjoging pagi2 itu sudah dia maklumi. Cuma kebiasaan aku berjoging di pagi hujung minggu yang sepatutnya waktu aku santai berada di rumah, itu yang dia tidak berapa maklum!

“aku berminat je. Bukan apa pun. Mana tahu boleh jadi heroin dalam short filem aku?” aku angkat kening mengadap Faiz. Faiz tersenyum sumbing. Dia menggelengkan kepala beberapa kali sambil tersengih.

“alas an kau ni man… budak tadika boleh laa kau tipu... Ni Faizlaa ok? Ore-sama ni..” kata Faiz membongkak diri dengan bangganya. Dia gelak lagi dengan kata2nya sendiri.

Arghh… kacau je la Faiz ni. Jangan nak paham aku sangat boleh tak?

“kau nak aku teman pergi mana ni?” Tanya aku mematahkan rasa bongkak Faiz. Faiz tergelak besar. Kena tepat la tu.

“meeting crc. Ada collaboration dengan kolej perempuan,Jannah. aku malas pergi sorang. Amin takjadi meeting. Dia kena pergi program lain. Segan aku, sorang.”

“lunch on you!” Kata aku bingkas bangun. Faiz gelak. “meeting pukul berapa?”

“pukul 10! Mandi jangan kira buih!”

Aku berlari anak sambil tengok jam. 9.05 am. Hah. Pandai pun kau bahagi masa. Aku tersenyum. Kira buih? Aku buat pembahagian molekul air la!

….

Kami sampai di kolej Jannah tepat pukul 10. Aku cukup taksuka lambat dan Faiz sangat jelas tentang hal itu. Sebab itu dia beritahu aku sejam awal dari waktu meeting. dia tahu, aku ambil masa untuk bersiap.

Naik sahaja di di bilik meeting CRC Jannah, aku lihat pintu bilik sudah sedia terbuka. oh awal juga deorang ni? 

Ada seorang pelajar perempuan yang sedang khusyuk menaip sesuatu dengan laptopnya di hujung meja panjang bilik meeting itu.

Faiz mengetuk pintu perlahan. Sekadar memaklumkan kehadiran kami di situ. Dan dia, gadis yang begitu khusyuk menyiapkan kerjanya itu terus mengangkat muka dan menundukkan sedikit lid laptopnya dari menghalang pandangan matanya.

Dia tersenyum memandang kami. Faiz membalas senyumnya mesra. Aku hanya sekadar memandang.

“welcome!” katanya mesra sambil berdiri. tangannya didepangkan sedikit “bro faiz?” Tanya dia dari kejauhan.

Faiz senyum mesra. “yup. Ni….?”

“Wan. President CRC Jannah.” katanya masih tersenyum penuh professional.

Faiz bergerak kehadapan mengambil tempat di meja meeting. aku masih lagi terpaku di pintu. Tidak dapat mempercayai mata kepala aku sendiri.


Gadis kecil yang aku begitu mahu kenal itu sedang tersenyum mesra ke arah aku sambil memperkenalkan diri!

15 comments:

Anonymous said...

Haha.ingatkan yang monolog tu = perempuan. Cite pasal cik puteri sendiri.

-.-"

Anonymous said...

Ttb teringat buku ramlee awang murshid. Cerita lompat sana sini. Haha

puteri cahaya said...

haha.. u have to read it carefully laa cik anon

Anonymous said...

Hi.. Lama tak update cerita? Heh

puteri cahaya said...

hi... hilang selera menulis buat seketika. thanks for asking! :')

Anonymous said...

Hehe. Tengah stress ke?

puteri cahaya said...

aih? rajin menjawab? dapat noti through emel ke apa? how did u even know i was replying?

Anonymous said...

:)

puteri cahaya said...

BTW. balqis part 6 dah publish

Anonymous said...

Dah baca :)

BTW, masih gunakan email yang sama? Yahoo

puteri cahaya said...

emailnya maujud la. tapi tak guna. cop. how..did u....?

Anonymous said...

Oh no wonder..

How did I?

Sebab secret admire :)

puteri cahaya said...

hahaha...no u are not. dah ada kat sebelah ni kan... my yahoo emel. why exactly did u asked for it? kenapa tanya masih guna? what if i do? what if i dont?

Anonymous said...

hahaha tau pun

takde pape.. ada hantar email je..

puteri cahaya said...

saya dah reply dengan current emel yang saya guna