Pages

Friday, February 19, 2016

Balqis part 4

         Sebetulnya memang dia pulang ke rumah petang tadi selepas habis mengajar. Sebaik sahaja dia melihat motor buruk ayahnya tersadai elok di pangkin rumah, terus dia berpatah balik. Dia bimbang jika ayahnya meminta yang bukan2 darinya sementalah ibu, abang dan adiknya tiada. Tidak sanggup rasanya Balqis untuk berdepan dengan ayahnya seorang diri. 

Dia kemudiannya merayau2 di sekitar kampung dan melepak di tepi parit lalu tertidur akibat kelaparan. Dia tidur dengan sangat lena sehingga hampir tergelongsor ke dalam parit.
Bangun2 sahaja hari sudah gelap dengan kawasan yang takberlampunya, 2 3 kali dia tersungkur kerana mengagau mencari jalan. Itulah agaknya yang menyebabkan habis badannya berlecak.


Mengingatkan itu Balqis jadi tersenyum seorang. Baru kini dia betul2 dapat melihat fizikalnya yang berlumpur dengan rambut yang serabai. Balqis tersengih tetapi akhirnya mematikan sengihannya bila matanya bertembung dengan mata Amir yang mencerlun memandang ke arahnya.


“akak ke parit...” itu sahaja yang mampu dibalasnya. 

Balqis mendengar amir mendengus. Dah...nak marah2 kenapa. Bukan parit rumah kau pun. Bebelnya di dalam hati.

“aku keluar ni ko terus kunci pintu. Lepas siap mandi makan bukalah pintu tu semula.” Arahan amir dibalas dengan anggukan.

Makcik jiha dengan uncle tak ada ke? Dah tido ke? Tiba2 hati Balqis menjadi runsing. Sewaktu datang ke rumah amir ni tidak pula dia terlintas akan hal abah dan ummi amir.

“parent aku ke kl. Ada urusan” balas amir seperti dapat membaca fikiran Balqis. Balqis hanya sekadar mengangguk dan segera mengunci pintu sebaik sahaja Amir keluar.

Tak sangka aku. Dalam muka tak ada perasaan macam tu pun, baik juga si amir ni. Balqis sudah senyum2. Kakinya segera melangkah kebilik air amir untuk menyegarkan diri.

“inila anak cikjiha yang cikjiha cerita haritu” ujar makcik jiha sambil tersenyum mesra. Air sirap yang dituangkan kedalam gelas dihulurkan kepada Balqis. 

“amir ni memang budak bandar. Susah sikit nak bergaul. Itu yang agaknya add math dapat rendah sangat tu...” menyenget2 bibir makcik jiha menceritakan perihal amir yang sedari tadi buat endah tidak endah sahaja kepada tetamunya yang datang.

“itu yang bila makcik dapat tau kamu ni pandai addmath, dah biasa pulak tolong cikgu mengajar di sekolah makcik rasa bolehla kamu tolong tengok2kan anak makcik ni ha. Kalau addmath dia meningkat, makcik bagila upah ye?” kata makcik jiha sambil menepuk peha Balqis mesra.

Hampir tersedak Balqis mendengar makcik jiha berkata begitu. Mana tau pulak dia ni. Kata baru pindah sini.

Dan dengan pertemuan singkat itu, terus termaktublah Balqis menjadi guru tuisyen taklangsung teman belajar amir, jirannya, anak orang berada yang baru berpindah ke kampunya beberapa bulan yang lepas.

Entah siapa yang memberitahu perihal Balqis kepada makcik jiha dan bagaimana ibunya yang dulu berkeras tidak membenarkan Balqis bekerja sampingan dan hanya tumpukan pelajaran memberi kebenaran mengajar sehingga kini menjadi misteri. Tetapi itulah Balqis. Selagi tiada siapa yang memberi tahu, dia langsung tidak berminat untuk mengambil pusing hal2 seperti itu.

Walaupun telah sebulan Balqis mengajar (lebih kepada menemani belajar) amir, ini baru kali pertama mereka bercakap hal yang tiada kaitan dengan pelajaran. Baru kali pertama dia melihat amir ketawa dan baru kali pertama dia  rasa amir bersikap lebih terbuka.

“dah siap” kata Balqis sambil membuka pintu.

Diam.

Sunyi.

Balqis menjadi cuak. Baru dia hendak menjengahkan kepalanya keluar, susuk tubuh amir menghampiri pintu yang terbuka. Muka Balqis tepat mengena dada amir menyebabkan dua2 menjadi kaku terkejut untuk beberapa saat.

‘ehem.’ Amir berdehem. Balqis mengundur untuk memberi laluan kepada amir untuk masuk kebilik.

“sori. Akak ingat amir tak dengar”

“Asal tak makan?” tanya amir tanpa mempeduli kata2 Balqis sebentar tadi.

“kau teman akak makan nak?” tanya Balqis sambil menonyoh2 tuala di kepalanya untuk mengeringkan rambut. Seronok rasanya setelah sekian lama tidak menggunakan syampu. Balqis jadi senyum2 bila terbaukan rambutnya yang wangi.

“dah kenapa tak makan? Kata minta teman?” soalan amir mematikan senyuman Balqis.

Balqis melihat amir yang telah sedia bersila di atas katil. Bantal besar telah pun dialihkan dari kaki katil ke tepi kanan meja untuk tidak membelakangi amir yang sedang duduk di birai katil.

Balqis mengambil tempat dan bersila di atas bantal besar mengadap ke meja jepun untuk makan. Baru sahaja dia hendak menjamah makanan, amir sekali lagi bersuara.

“gelojoh. Tak baca doa dulu?” Balqis tersengih sumbing dan kemudiannya menadah tangan membaca doa. Setelah itu dia segera menyuapkan nasi kedalam mulut. 

Oh.. nikmatnya nasi. Mata Balqis jadi berair.

“terima kasih mir.” Katanya perlahan. Dia tidak tahu kenapa amir sekadar melihat dia makan. Tanpa bersuara. Tanpa berbual. Hanya memerhati sahaja. Dan entah kenapa dia rasa selesa begitu. 

Diperhatikan.

...

Pray for me! 

I REALLY want to continue writing up ‘tentang dia’. But my assignmentsssss always pull me back. (yeah assignments, i blamed u a lot! U see, watching running man and facebooking never pull me back in writing up the stories as much as u do. So.. boooyeeaahhh) 

and  even currently, as u noticed, i hardly blogging pun! 

Ana, being a sweet girl she is, always help me catching up with all this stupid math questions but being an idiot girl in math i am, i always..always dont understand the concept. (i rarely seeing numbers pun in questions! What kind of math is that??!)


I know engineering could be tough. But, i never thought we need to learn all this calculus stuff in higher level in which i barely see it being used in real life! (who used it except dr zaid?? *rolling eyes*)

Haa...dah penat i bebel ni. Sambung nanti.

So.. see ya?

Bye!


Ps: guys, i LOVE ana. But SHE IS MY FREAKING BESTFRIEND! We are not gay. Blurghhhhh.


Posted by GadisKasutTinggi at 22:17PM        48 comments

28 comments:

Anonymous said...

Sambung2. Haha.

Tetiba rasa macam baca novel. Lama tak baca ��

puteri cahaya said...

errr.......it is part of novel. hahahaha

Anonymous said...

Lorh. Yeke. Cis tertipu. Ingatkan cerita buat sendiri

Anonymous said...

Ke memang ada menulis novel?

puteri cahaya said...

-_- i made it myself. thank u.

Anonymous said...

Pergh memang power. Ada seni. Hehe

puteri cahaya said...

this is my first try. hahaha.. doakan!

puteri cahaya said...

he he... thank you! =)

Anonymous said...

2 ibu jari tangan dinaikkan.

Ada unsur kesaspensan.

Anonymous said...

I pray for your success :)

puteri cahaya said...

weeeeeeeeeeee~~

puteri cahaya said...

insyaAllah. thank you! =)

Anonymous said...

Banyak betul benda yang cik puteri buat ye. Dari bercucuk tanam sehinggalah menulis. :D

puteri cahaya said...

haha... saya memang suka memenuhkan jadual sendiri. =)

puteri cahaya said...

u arent supposed to know about bercucuk tanam unless u had been following me from before.

Anonymous said...

Oh. No wonder. BTW, cik puteri ialah cikgu?

puteri cahaya said...

awak rasa?

Anonymous said...

Not really. Recently baru terserempak dengan cik puteri. :)

puteri cahaya said...

oh? terserempak?

Anonymous said...

Saya rasa ya. Cuma tak boleh nak pasti hehe

puteri cahaya said...

keep on guessing then

Anonymous said...

Terserempak di alam maya. Hehe.

Anonymous said...

~.~

puteri cahaya said...

hmmmmm..... u are seriously weird. sangat. rasa macam nak ketuk2 je kepala tu.

puteri cahaya said...

blurgggghhhh.... i cant handle curiosity!

Anonymous said...

Kenapa pelik? -.-"

Seriously rasa diri ini sangat normal.

Anonymous said...

Tenang.. Ambil nafas semalamnya. :D

puteri cahaya said...

hahaha.. yela.. selamat membaca.. =)