Pages

Friday, February 12, 2016

Balqis part 2

“lepas tu?” 

Faiz bertanya sambil memeluk Bear putih pemberian bekas teman wanita aku.

“dia lari”

“haa?? Asal?”

“haaa... yerrrr... dia lariiiii... agaknya dia ingat aku ni flasher kot. kan sekarang ni tengah hangat isu flasher kat kolej kediaman perempuan.”

Aku kemudian terus berpaling mengadap laptop menyambung melayan realiti tv show yang amat aku gemari, Running Man.

“gempak giler wei budak tu kalau takat mudah2 je buat back flip” 

faiz yang tak habis lagi menyibuk dengan kisah hidup aku kini berjalan ke meja belajar aku sambil memeluk Bear putih yang aku bagi nama (bekas teman wanita aku yang beria letak nama tu. Aku nampak dia sejenis bear je) Tiah. Huduh betul nama tu. Nasib baik aku dah berpisah dengan dia. Kalau tak makin mengarut nama2 barang yang ada kat sekeliling aku ni. Dia ingat comel bagi2 nama ikut suka hati fikiran dia je? Nasib baik dia tu memang comel.

“memang gempak giler! Aku rasa dia dulu ninja la. Tengah ada misi menyelamat kat u kita ni..” kata aku bersungguh2 sambil cuba merampas botol Mister potato dari tangan Faiz. 

Tapi faiz lebih cekap. Lincah sahaja dia berpusing bagi mengelakkan aku mencapai botol Mister potato yang dipegang oleh tangan kirinya. Tiah kini dikepit di ketiak kirinya pula.

“hemmm.... betul jugak...kalau tak macam mana perempuan soleh2 macam dia tu tahu gerakan cool macam tu..” kata faiz sambil menghulurkan sekeping keropok potato nipis berperisa onion kepada aku. Sekeping je? Bapak kedekut.

Eh jap.

Itu kan aku punya?

“kannnn? Entah2 misi dia cuba nak tangkap flasher tak?” aku mengiyakan hujah Faiz sambil berusaha gigih merampas botol Mister potato yang kini dipegang oleh tangan kanan Faiz pula.

“kannn.... ngok kau!” Faiz ketuk kepala aku dengan botol pakcik misai tebal tu. “sia2 je aku layan bongok kau ni. Buat aku lapar je”

“eleh. Sia2 pun melayan....” cebik aku.

Faiz bersegera ke muka pintu. Agaknya lapar benar lah tu. “hoi. Mister potato aku tu woii..!” jeritan aku disahut tawa berdekah oleh faiz.

“ahh... ko anak orang kaya. Beli lain!” jerit faiz disebalik pintu bilik yang tebal bilik aku.

Pintu bilik aku yang di tutup Faiz tadi kini dibuka semula. aku menjenguk dari kotak bilik aku ke pintu utama. kelihatan kepala Faiz menjengah semula ke dalam bilik aku. melihatkan dia, aku terus menyambung lihat Running man yang tertangguh tadi.

"woi flasher!" panggil faiz tiba2.

"hah. nak apa?" sahut aku tanpa berpaling dari skrin laptop.

"haaa... patutla budak tu lari. jumpa flasher rupanyaaa..." balas faiz gelak2.


"Kuang hajo!" jerit aku sambil membaling bantal ke muka pintu. terdengar Faiz gelak2 dari sebalik pintu yang tertutup.

Dan aku pun tergelak kecil sama.

10 comments:

Anonymous said...

Balqis?

puteri cahaya said...

dear anon. please wait patiently to know more about balqis. haha...

but well. thanks to your questions, i got more clues about your 'anonymous'. kehkehkeh..

tak payah nak anon sangat laaaaaaa

Anonymous said...

Err.. Clue apa?

Iye ke tau? :)

*waiting for part 3 :)

puteri cahaya said...

you are annoyingly a friend of mine. hahaa... perhaps close one. been reading my blog since before. keep reading n tracking me without having a blogspot n identity..should be male.

i have few ideas. but well... hmm... better be anon laa, rasa popular sikit. ngehngehngeh..

part 3 otw. maybe tomoro

Anonymous said...

1. Wrong. Seriously. Cik puteri tak kenal saya. :)

2. Ya.

3. Wish to.

puteri cahaya said...

ahahahahaha.... fine! happy reading then! =)

Anonymous said...

Tengah menunggu bila la part 3 nak keluar :)

puteri cahaya said...

its tomorrow. sabaq na... tgh edit lagi.

puteri cahaya said...

gigih betul balas2 komen kat sini. congratulations! u now get my attention! haha..

Anonymous said...

Hehe. Finally. Dapat pun attention cik puteri. Mungkin permulaan yang baik :D