Pages

Thursday, February 11, 2016

Balqis Part 1

Ini kisah tentang dia. Dia yang banyak mengubah kehidupan aku. Dia yang sering aku ibaratkan seperti sang ratu... Balqis.

Januari 2010
645 am
Kompleks Sukan Kolej Wanita

Pagi itu macam biasa, pukul 6 pagi aku sudah terpacak di hadapan kompleks sukan wanita. Aku suka berjoging di kawasan ini kerana  keadaannya lebih menenangkan. Berdekatan dengan tasik dan lebih luas kawasannya. Sampai sahaja di situ, aku terus berlari disekeliling kawasan  padang dan gelanggang tenis. Hendak membuat pusingan di tasik macam terlalu gelap pula. Masuk pusingan ke 5, aku lihat bayangan seorang perempuan memasuki gelanggang tenis yang berpagar tinggi.

6.45 pagi?

Eh? Ada juga budak perempuan yang gila bersukan pagi2 buta begini? (tak sedar diri)

 Dia memakai tshirt muslimah yang labuh melepasi paras lutut. Hanya baju sejuk ber hood putih itu sahaja yang jelas warnanya dari kejauhan.  Tiba2 mood berlari aku hilang. Terasa ingin memerhati gadis yang begitu asing sekali perangainya dipenglihatanku. 

Aku perlahankan larian sambil mata tidak lepas memandang gadis berbaju sejuk berhood putih yang kini sedang memanaskan badan dengan gaya yang agak melucukan. Dia seakan menari2 sambil membuat gerakan memanaskan badan. Mudah sahaja badan kecilnya diayun berpusing ke kiri dan ke kanan.

Dia yang sedang ‘menari’ sambil tersenyum (aku hanya mengangak dari jauh kerana pandangan aku agak terbatas dengan pagar setinggi 3 kaki itu) tiba2 mengundur beberapa langkah kebelakang sehingga rapat ke pagar. Badannya dibongkokkan sedikit seolah2 atlit lari pecut yang sedang menunggu masa untuk memecut laju.

Haha.. No way. Aku gelakkan dia dalam hati.

Gila apa dia ni nak pecut dalam gelanggang tenis tu. Kecik kot. kang tak sempat break, langgar pagar kang siapa yang susah? Akuuuuu jugak..  

aku menggelengkan kepala beberapa kali sambil senyuman sumbing. Membazir masa betul aku berhenti joging tengok budak ni. Bebal rupanya. Bebel kepala aku lagi.

Eh. Jap.

Jap.

Jap.

Jap.

Hoi hoi... aku ni dah membayang pelik2 ke apa? Takkan la si pendek ni buat back flip kot. takkanlahhhhh.....

Hoi!

Aku ternganga. Dengan sangat luas. Apabila sikecik yang aku jangka hendak membuat larian pecut tadi, kini berada di hujung pagar satu lagi dan bersedia untuk membuat larian pecut ke arah aku pula.

Dan ya.

Di tengah2 larian pecut beliau, gadis kecil itu melompat tinggi, memusingkan badan, kepala di bawah dengan keadaan badan melenting , dan mendarat cemerlang menjejak kaki ke lantai dan sebaik sahaja kakinya menjejak ke gelanggang, dia melompat sekali lagi dan membuat lengkungan badan di udara untuk menukar arah badan menghadap ke arah pagar aku pula.

Mulut aku seakan tidak mampu untuk di tutup. Aku mendekat ke pagar untuk melihat jelas wajah gadis kecil itu.

 Dia tengah mendongak saat matahari mula nak memancar  sambil bercekak pinggang sambil ketawa kecil keseronokan dan bila dia memandang ke depan semula, matanya terus menangkap pandangan aku yang sedang memandang dia. Pergerakannya terhenti. Ketawanya mati.

Pergerakan aku juga. Malah aku rasa semua gerakan kat dunia ni pun berhenti. Sunyi.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Diam. Aku rasa tiba2 berada di dunia tanpa suara.


Mata aku semacam tidak mahu dialihkan bila matahari memancar dari belakangku dan menyinari gadis yang kini semakin jelas warna baju dan wajah putih mulusnya di mataku.


1 comment:

Anonymous said...

Sambung.. sambung :D