Pages

Thursday, August 6, 2015

Membaca

salam. hai.

setelah berkurun aku berjaya memalaskan diri untuk tidak membaca (sangat berjaya, terima kasih) minggu ni aku (dengan susah payah) telah berjaya mengheret kaki ni untuk berjalan.

dan tempat peberet ever haruslah KLCC.

aku pun tak pasti apa yang ada kat situ, tapi kalau aku terasa nak berjalan seorang diri aku akan ke situ. no specific reason. berhantu mungkin? dan tanpa kesal, Alhamdulillah, aku temui sesuatu.

=)

kesan membaca.

hari itu aku belajar secara direct. cash, Allah bagi yang selama ni tak terasa sangat. hanya sekadar jadikan ia ho.......bi.. (kot) kesan melalui pembacaan.

1- mood teralih dengan tiba2.
boleh tak aku yang gigih pening2 lalat sebab serabut dengan hal duniawi ni tiba2 terasa ringan je kepala nampak buku2 yang banyak kat kinokuniya.

macam nampak belon! lari2 dengan riang sambil gelak2 mimpi (bayangkan gerakan2 tersebut dilakukan dalam gerak perlahan..) sambil senyum2 pegang buku dan bau.

waaahhh... gitu... hampir je aku diketuk kepala oleh petugas kat situ bila nampak aku dalam keadaan mabuk yang menghairankan. -_- bangunlah nurul!

2- pemikiran berputar ligat
ini adalah kesan sampingan buku yang sangat dasyat.

kalau sebelum ni keadaan aku macam mayat hidup sahaja, lepas lepak di kinokuniya sambil membelek2 baca 2 3 buah buku yang pada hemat hati ingin dibeli kesemuanya tapi fikiran melarang sambil mengingatkan cash tunai yang ciput dalam dompet tu hanya mampu menanggung sebuah buku sahaja (*cries* membayangkan duit terbang keluar dompet dengan riang T^T) terus berubah menjadi orang yang hidup.

tiba2 ternampak diri dengan gayanya mencapai cita2 yang menggunung tinggi.
tiba2 terasa segala yang mustahil kat dunia ni menjadi nyata.

hanya dengan bacaan yang bagi aku luar biasa nadanya!

jadi benarlah kan..

membaca boleh menukar arah corak pemikiran kita?

ha ha ha! (padan muka nurul yang malas membaca. gelak kat muka sendighik)

dan Alhamdulillah, aku amat3 gembira berada di kinokuniya walaupun terpaksa berhabis sedikit wang untuk buku yang berinci tebalnya.

Awaken the Giant within.

*senyum*

tiba2 jadi bersemangat untuk ceritakan  pada dunia keseronokan membaca.
dan tiba2 terasa mahu berkongsi idea dengan adik2 di sekolah untuk turut gemar membaca.

dan tiba2 juga jadi terfikir untuk turut hasilkan penulisan untuk merubah pemikiran orang setelah membaca.

Wallahi cita2 itu telah kupegang lama.
berikhtiar sedayanya untuk meraih buahnya.
karya sulung yang dimimpikan belasan tahun lepas.

doakan.
doakan.
doakan.

ne?


No comments: