Pages

Friday, August 7, 2015

Adakah kesempatan buat saya?

salam. hai. =)

tajuk panjang lebar hari ni adalah disebabkan aku teringat seorang pelajar yang menemui aku baru2 ni.
setelah 2jam aku gigih membebel pada mereka, di akhir program, 2 orang pelajar lelaki datang berjumpa aku dengan muka yang agak serba salah.

oh why laa adik? saya tak makan budak. saya makan nasi.

dia tanya;

'kak, sempat lagi ke saya berubah? dah dekat sangat nak spm' sambil garu2 belakang kepala. perbuatan biasa yang dilakukan manusia normal apabila mereka dalam keadaan resah. ataupun yep, banyak kutu.

aku diam. pandang dia. cuba mencari jawpan yang sesuai.

'selagi awak ada niat nak berubah. takpernah ada istilah terlambat. yang penting, berubah'

dia diam. tangan kebawah bermain dengan kesepuluh jari2nya. resah.

aku pandang dia dan sambung lagi. aku jarang hendak bercakap laju apabila hendak berkongsi nasihat. aku lebih suka bercakap sepatah dua dan membiarkan mereka untuk memahami apa yang diperkatakan sebelum menyambung kembali.

kerna kadang manusia perlu masa. untuk mencerna ayat. untuk memahami. untuk menerima.

'pernah dengar kisah pemuda yang membunuh 99 manusia?'

dia geleng.

'seorang pemuda telah membunuh 99 orang dan menemui seorang pendita, bertanya jika dia masih punyai kesempatan untuk bertaubat, pendita tu berkata, tidak, lantas lelaki itupun membunuh pendita tersebut. dan meneruskan perjalanannya. dia menemui seorang alim dan bertanyakan soalan yang serupa. bolehkah dia bertaubat setelah membunuh 100 manusia? lantas orang alim itu menjawab..'

'boleh, dengan syarat kamu perlu berhijrah keluar dari kawasan mu dan pergi ke perkampungan yang baru. di mana penduduknya soleh dan solehah'

'lantas lelaki itu pun berhijrah ke perkampungan yang dicadangkan orang alim itu. tetapi di pertengahan jalan ditakdirkan Allah, lelaki itu meninggal dunia. malaikat berebut2 untuk menempatkan roh lelaki tersebut ditempat yang mereka rasa sepadan dengan amalnya.

ada yang hendak meletakkannya di neraka kerana dia sudah membunuh 100 manusia, tapi yang membantah mengatakan dia sudah bertaubat. maka dalam kebingungan itu, Allah menitahkan mereka mengukur jarak perjalanan yang mana lebih dekat.

jika masih dekat dengan kampung dahulu, maka tempatkan dia di neraka. jika dekat dengan kampung yang baru, tempatkan lelaki tersebut di syurga.

dan tahu tak awak, ditakdir Allah, jarak mayat pemuda tersebut dengan kampung yang baru adalah lebih dekat dan rohnya itupun ditempatkan di syurga.'

*senyum*

'saya nak tanya, lelaki tu sempat tak bertaubat? sempat tak sampai ke kampung yang baru?'

pelajar yang khusyuk dengar aku bercerita tadi perlahan2 menggelengkan kepala 'tak'

'sempat tak dia buat walau secebis kebaikan?'

'tak' jawabnya menggeleng lagi.

aku senyum sedikit dan melembutkan suara.

'see... Allah tidak pandang apa dosa lepas yang pernah si polan tersebut lakukan, tetapi Allah lihat kesungguhan dia dalam meraih cintanya. bertaubat menjadi yang lebih baik. berniat untuk mensucikan diri'

'tapi kalau saya berubah nanti..'

'kawan2 gelak? kata nak jadi malaikat?' dia angguk dan tunduk.

'sahabat yang baik takkan gelakkan atau mengejek2 sahabatnya yang cuba untuk berubah menjadi baik. sebaliknya mereka membantu dan menasihatkan. kalau ada yang gelak2kan awak, maksudnya, mereka bukan sahabat yang baik untuk awak..

dan,,, mana tahu.. awak akan menjadi punca perubahan mereka pula? eh, besar tau pahala orang yang menyebarkan kebaikan.'

dia angkat muka dan senyum. kawannya yang disebelahnya turut tersenyum sama.

'orang akan percaya ke kak kalau saya kata saya nak berubah?' tanyanya lagi.

'perubahan ni takperlu cakap. melalui perbuatan sahaja orang dah boleh nilai. dah boleh tau.. kita dah berubah. kita dah jadi baik. Allah ada. Dia yang akan bantu bukakan hati mak ayah dan sahabat2 untuk menerima perubahan kita.. insyaAllah. saya doakan'

aku senyum dan dia turut membalasnya.

subhanallah..! aku melihat satu keazaman di matanya. semoga cekal beristiqamah dik! semoga Allah permudahkan urusan dan mengganjarkan mu dengan syurga. insyaAllah!

No comments: