Pages

Saturday, May 9, 2015

Menegur VS Mencari Salah


menegur kesalahan dengan mencari salah adalah dua hal yang berbeza ye sahabat.
menegur itu untuk kebaikannya.
mencari salah itu untuk keburukannya.

aku tidak faham apa yang sukar sangat untuk membezakan keduanya sehingga manusia seringkali menjadikan alasan 'ingin menegur' dengan mencari kesalahan manusia lain.

*diam*

*tarik nafas*

sahabat,

cara hendak membezakan sama ada kita ini benar2 mengambil peduli akan hal sahabat kita adalah dengan niat.
tak usahlah kita lantang mengeluarkan kata bahawa kita ini hanya sekadar ingin menegur kerana perbuatan pasti mengiringi niat kita.

jika benar kita ingin menegur, pasti orang yang ditegur itu lambat2 pun akan terkesan dengan teguran ikhlas kita. kerana doa dan kasih sayang kita ingin menegur untuk kebaikannya.

tetapi jika kita ini sikapnya hanya sekadar ingin mencari salah, yang ditegur itu usahkan hendak mendengar, malah mungkin bersikap dingin dan itu malah menjadikan poin baru untuk kita perbesarkan keadaan dengan mengatakan dia tidak mahu mendengar nasihat.

sikap buruk yang bersembunyi dalam bahasa indah 'mengambil peduli'.

*diam*

*tarik nafas perlahan*

ambil peduli.

satu sikap yang jika salah urus akan menjadi alas dosa yang mengheret kita ke neraka akibat muflis di akhirat.

bagaimana boleh muflis?

dengan terlalu 'mengambil peduli' akan hal orang lain. sehingga menyebabkan ramai terasa hati dengan kita dan akhirnya apabila di akhirat kelak kembali mencari kita untuk mengambil untung pahala yang selama ini terkumpul.

timbunan pahala yang dikikis manusia akibat perbuatan sendiri sehingga menjadi muflis.
sadis?
tapi mengapa masih ramai yang melakukannya?
berusaha gigih mencari kesalahan demi kesalahan untuk berpaut pada keuntungan sementara.
pada pangkat.
pada pandangan mulia orang atasan.
pada jiwa2 yang mahu dibeli kasihnya.

dan yang lebih menyedihkan, jika yang melakukan hal2 seperti ini adalah mereka2 yang hebat di mata pandangan orang lain.
dengan alim ilmunya.
dengan ketercukupan solatnya.
dengan dermawannya.

tapi entah bagaimana seringkali menyakiti insan lain.

moga2 hati kita2 ini terpelihara dengan kebaikan.

cuba.

pandang manusia dengan segala kebaikan yang ada padanya.

dan cuba.

berhenti menilai sebesar2 kesalahan manusia hingga sekecil2nya.

kerana kita perlu hidup bahagia. dan orang yang bahagia adalah mereka yang sentiasa menghargai dan menyayangi segala apa yang ada disekeliling mereka.

insyaAllah2.

ke arah hati yang yang lebih tenang dan damai.

*senyum*


No comments: