Pages

Sunday, May 10, 2015

Berubah : Bagaimana ingin mencari motivasi diri

aku ada habit.

setiap kali aku malas atau rasa lembik dengan motivasi aku hendak membaca atau menguruskan sesuatu, aku akan cari satu suasana baru atau berjumpa dengan orang yang boleh buat aku jeles tahap giga ratusan juta.

dan berpandukan kejelesan beribu2 lemon tu, aku akan me-motivate (penggunaan bahasa melayu yang kucar kacir adalah trend ya -alasan-) diri sendiri untuk berubah ke arah yang lebih baik.

aku terbaca tentang satu artikel menceritakan orang yang hendak berubah, perkara yang pertama perlu dia lakukan adalah dengan mengubah gaya pemikirannya.

contohnya;
kalau sudah terbiasa menganggap semua dalam dunia ini susah, tukar gaya berfikir bahawa segala hal di dunia ini senang. cuma perlu tahu cara yang sesuai untuk menyelesaikannya.

atau

bila sudah selalu anggap diri itu hodoh, tukar gaya fikir dengan kata diri sendiri adalah yang paling indah di dunia cuma orang lain je tidak tahu maksud indah itu apa. ya.. seperti orang seni melihat barang seni. lukisan yang sekadar beberapa titik itupun sudah nilaian juta yang walhal bagi kita itu... bodoh.

bagi aku pula, untuk ubah gaya pemikiran, kita perlu berjumpa dengan pelbagai orang dan berada di suasana yang berbeza dengan kehidupan kita seharian.

supaya kita boleh belajar banyak perkara.
supaya kita boleh mengubah daya fikir luar dari kebiasaan.

dan untuk kes aku bagi rajin sikit membaca, aku pergi berjumpa dengan my very own bosse kecik.

nazirul haziq n afiq sazlan. (korang boleh start rajin2kan diri google siapakah mereka berdua ni)

oh ye, fakta best tentang bosse ni,
beliau seorang makhluk yang paling keras kepala aku pernah jumpa.
kalau dia nak sesuatu, dia nak jugak2 dan berusaha sedayanya untuk mencapai menda tu.
cool.
sikap yang kena pada jalan dan keadaannya.

haha..

yang aku memang sedayanya cuba guna untuk disiplinkan diri ni, tapi kelaut jadinya. keras juga kepala ni. tapi keras kepala untuk tidur..main game..kacau dea (my peberet ever in list-things-to-do everyday) sambil2 membebel pasal hidup seharian.

-_-

anyway in serious note, berada terlalu lama dalam satu2 kepompong tidak akan membantu perubahan kita ke arah yang lebih baik.

sebab itulah Islam menyarankan untuk kita berhijrah!

untuk belajar.
untuk menikmati.
untuk memahami alam dan seisinya.

maka hari ni, aku tukar suasana bilik.
gigih abes alih2kan almari cermin.
meja baca.
susun bahan bacaan.
make a NEW list-things-to-do..
and
update my dream book.

moga2 terus istiqamah yer cik puteri cahaya.
biar sinar dari mu terus bercahaya seperti namanya puteri.

*sengih*

doakan aku!

ps: aku sedang membaca the magic (by rhonda byne) and the happiness of persuit (by crhris guilleblau) moga buku ini memberi manfaat untuk ummah. insyaAllah?

1 comment:

Anonymous said...

Who/what is dea?