Pages

Monday, May 11, 2015

Berubah: aku



pengalaman setahun lepas buat aku jadi mual dengan perhatian manusia.

menjadi apa2 mahunya aku, ditolak hina dan selalu disalah erti.

sungguh.
tiada manusia hidup yang lain yang aku paling suka melainkan diri sendiri.
bagi aku, aku sempurna.
dengan kasih sayang Allah.
dengan perlindungan Allah.

atas apa2 sahaja aku minta, pasti diperkenankanNYA.
sehingga kadang aku rasa tidak layak untuk segala nikmat yang dikurniaNYA.

tapi bila mana sering disanggah2 segala kemahuan.
segala jalan.
segala perasaan.
aku jadi robot pengikut suasana.

dari orang yang suka memberitahu dunia tentang segala cerita hidup,
kepada orang paling mahu diam bisu.
dari orang yang paling gemar memegang mic
kepada orang yang paling mahu jauh dari segala apa yang berbunyi nyaring.
dari orang yang suka mengetengahkan diri
kepada orang yang suka berada paling jauh dibelakang.

kadang2 orang tidak sedar apa yang mulut mereka lakukan kepada kita.
kadang2 orang tidak tahu apa kata2 mereka yang lekat di kepala kita
sehingga menjadi nanah penoreh perasaan.

antara sedar atau tidak,
perubahan2 sakit ini menjadikan aku manusia matang.
yang mula mengenal gerak maksud memek wajah insan.

sungguh dulu aku tidak pernah peduli akan itu.
tapi kini semua menjadi satu soal di mata.

kenapa wajahnya begitu?
apa maksud senyuman senget tu?
wajah muram ini bercerita apa?

*senyum nipis*

siri2 perubahan ini memakan bergelen tangisan.
siri2 kematangan ini meradah berkali2 hati.

tapi itula.
pilihan tetap di tangan kita.

mahu ambil yang buruk atau yang baik.
mahu terus kekal dahulu atau berubah menjadi yang lebih sempurna.

semua terpulang pada diri,
pada hati.

memang penat menjadi yang indah di mata manusia.
kerana sudah lumrah mereka memandang yang hina.
jadilah yang indah di mata Tuhan.
kerna DIA tidak akan pernah berhenti berkata,

'manusia adalah ciptaan ku yang paling sempurna'

bertuahkan kita?

*senyum lagi*

moga hati ini terus dirobek.
supaya aku belajar untuk bangkit dari robekan tersebut.

dan walau apapun aku,
yang aku tahu dan mahu cuma satu,

moga diri ini terus istiqamah.
dalam mendidik ummah.

=)


No comments: