Pages

Saturday, February 8, 2014

mencari identiti diri

salam

sekarang ni aku kerja dengan Raudatus Sakinah. sebagai trainer or dalam bahasa melayu nya dipanggil jurulatih. pergi ke sekolah2 dan ipt2 di seluruh malaysia untuk menyebarkan kempen anda bijak jauhi zina.

kalau dulu, aku pernah cerita aku handle program keseorangan dan sehingga sekarang sendiri masih takpercaya mampu lakukannya dan berbekalkan pengalaman tu, aku pergi intebiu RS ni. dengan bajet, boleh la juga guna pengalaman tu sebagai ilmu awalan sebelum deliver ke sekolah dengan menggunkan modul RS pula.

KE.LA.UT.

kelaut.kelaut bhai.

hari khamis lepas, aku deliver untuk pertama kalinya setelah join RS. sumpah macam haram. dengan suara tinggi, high pitch tak hengatnya...dengan manja gedik yang aku sendiri heran datang dari mana, dengan kebudakan melampau.. yaddaaa...yaaddaaa....!

apakah yang sedang berlaku pada diriku ini?

balik rumah, aku terus minta adik2 aku ikah n erah untuk jadi audience. dan since mereka berdua pernah tengok aku deliver kat depan, terutamanya ikah laa kan...maka mereka pun jadi pengkritik yang takbertauliah bagi kakak mereka ni.

'kakyun pura2!'

eh?

'kenapa suara kakyun macam tu?'

'apesal gedik?'

'tak kelakar pun?'

'kenapa gaya kakyun pelik?'

and so..on...

dan untuk kompemkan lagi yang aku dah betukar jadi alien, aku mesej kawan2 yang pernah jadi fasi under aku dulu dan tanya jujurmya, macammana aku deliver dulu.

'cool dan tegas'

'pengolahan suara akak sangat best'

*diam*

tertanya diri sendiri. kenapa?? kenapa?? kadang mungkin kerana terlalu mahu menjadi diri sendiri (kononnya), aku seakan lupa identiti 'makhluk' yang aku 'cipta' peel nya semasa memberi talk.

that calm n look cool while talking in front others was someone i always remind myself to be.

dulu, setiap kali aku kena jadi trainer, aku akan selalu ingatkan diri sendiri yang aku perlu portray what others need to see. not what i want them to see,neither, what they want to see. n being that person, aku akan jadi super cool, matured n caring person in which realiti nya, amatlah tidak. ohooo... itu yang sampai dapat surat chenta; 'saya nak jadi macam akak nurul' bla..bla..

mohon maap dek. hipokrit jah semua tu.

tapi itula. entah mana datang degilnya, tiba2, aku terbawa identiti diri yang super tak senonoh tu ke program RS.

dan yes. pembawakan tu macam haram. T.T

sedih bhai. terasa hilang langsung identiti diri.

rasa nak tune balik diri sendiri. amek hammer, tukul, skru bagai untuk betulkan peel2 tak senonoh ni. entah macam mana  boleh terlekuar peel ngada, gedik, manja ni..yang selalunya hanya keluar with certain people jep.

betulkan..korang sendiri ada peel2 tertentu yang hanya keluar dengan orang2 tertentu. dop gitu?

*ketuk kepala lelaju*

orang kata, jadi diri sendiri itu penting. bagi aku, yep. penting. untuk spoil hidup teman rapat dan orang2 yang berada disekeliling kita. dan untuk case macam aku ni, haruslah kena betukar jadi oghang lain. kan.

*sengih*

i am a superwoman. 
*flip tudung*
he he he


dan untuk adik2, ni bukan hipokrit. ini namanya politik. mohon dapat bezakan. hahaha...




No comments: