Pages

Friday, January 10, 2014

daie, keluar dari comfort zone anda!

salam

hari ni aku masuk meeting untuk perkongsian bersama ibu yus dan ummi ros. pemangkin utama dan tonggak kepada Raudatus Sakinah.

banyak hal yang aku pelajari dan yang terkena pada batang hidung sendiri. T.T haruslah aku rasa terkena bilamana disebutkan, aku sering berada 'di dunia' aku sendiri. bertanya, di mana realiti hidupnya masyarakat sekeliling yang sedang nazak amat. dan apa tindakan yang kita lakukan?

aku pernah sentuh hal ni dalam usrah bersama rakan2 gen4 aku.

'kita ni kadang2 syok sendiri kan?'

'maksud nurul?' tanya salah seorang rakan usrah.

'kita sering berusrah sesama kita, so called 'berdakwah' juga sesama kita. dan tanpa sedar, kita juga sedang memilih untuk berada bersama2 siapa. jadi, siapa sebenar2nya yang bersama2 mereka? adik2 kita yang mungkin sedikit nakalnya diluar sana? dengan golongan2 yang kita pandang serong seolah kita sebegitu mulia?'

kadang betul lah juga yang kita ni perlukan kekuatan jemaah. tapi untuk apa? selama mana lagi kita mahu terus berada di comfort zone kita? hanya membuat sharing di FB wall sendiri sahaja? geleng2 kepala melihat dan membaca kisah2 adik2 di luar sana TANPA sebenar2 mahu membuat sesuatu.

'itu kerja daie lah.'

'siapa itu daie? khalifah? bukankah itu kita?'

diam.

kita, sebenarnya adalah role model muslim. sesiapa pun kita, di mana pun kita, selagi kita mengakui Allah itu Tuhan kita, kita adalah model Islam. jadi pilihlah, model yang bagaimana kita mahu jadi.

JANGAN sampai, orang not-yet-a muslim itu benci akan islam kerana tidak sukakan kita.

dan cara yang bagaimana nanti kita mahu mengadap tuhan dan berkata;

'aku muslim tapi aku masih lagi melakukan itu itu dan itu'

berhenti dan diam buat seketika.

bezakan.

aku dan not-yet-a-muslim, apa yang membezakan.

semoga Allah redha dan merahmati kita2 ini semua.

nota: pedas terkena di batang hidung sendiri.

No comments: