Pages

Saturday, August 3, 2013

ayam rebus versi malas


salam..

hari tu aku ada terrrrjanji dengan kawan2 kat fb nak share satu resepi ummi
sangat senang nak buat dan sangat3 menyelerakan. adik n abang aku sahaja boleh makan sebelah ayam (baca: seekor ayam potong dua. bukan makan bersebelahan. harap maklum) waktu sahur sampai licin. dan even minta hari2. bro. ayam naik harga bro. mekasih.


mm...ginila lebih kurang ghuper ayam malas. aku panggil ayam malas sebab tak kena potong kecik n boleh terus rebus dengan penuh kemalasan.

cara nak buat senang jah.

ayam tu rebus dengan air asam jawa (ambil segenggam -kalau tangan korang besar. tapi kalau versi aku je, tahap budak takcukup umurnya tangan, boleh ambil 2 genggam asam jawa.) dan halia potong mancis sebanyak n sesuka hati korang.

masa ayam tengah masak tu, boleh la buat pencicah.

potong bawang merah nipis2...
potong cili padi halus2...
masukkan kicap masin n kicap manis
perah asam limau.

siap.

tunggu ayam masak.

hidang.

walaupun macam tak masuk akal mudahhnya masak menda alah ni.
tapi.....serius SEDAP.

p/s: jangan lupa bawak keluar garpu n pisau nak potong ayam masa mengidang.

n

asingkan bahangian yang korang suka siap2 kat dapur.
ngehee....~




No comments: