Pages

Tuesday, July 30, 2013

percaya pada rezeki Allah

ada seorang makcik tua yang menjadi penjual tempe. dia akan membuat tempenya pada malam hari dan peramkannya semalaman untuk dijual pada keesokan harinya.

pada suatu hari, makcik tua tu pun bangun subuh untuk pergi ke pasar seperti biasa tetapi sesuatu yang luar biasa telah berlaku kepada tempenya. tempe yang diperam tidak masak! makcik tua itu merasa sedikit sedih tetapi ditabahkan hatinya sambil memujuk diri;

'tak apa. rezeki itu Allah punya. mungkin bila dipasar nanti dia akan masak'

makcik tua itu tanpa berputus asa memuji2 Allah sambil berdoa supaya tempenya masak sepanjang perjalanan dia ke pasar. semasa di pasar, tempenya tetap juga tak masak2. dan disebabkan ia tidak masak, tiada sesiapa mahu membeli tempe tersebut. makcik tua itu tetap juga tidak berputus asa. di tunggu juga sehingga ke tengah hari tetapi tetap juga tiada sesiapa mahu membeli tempenya yang tidak masak itu.

ketika ingin mengemas pulang, tiba2 dia di sapa oleh seorang pemuda.

'makcik jual tempe?' tanya pemuda tersebut melihat balutan surat khabar di dalam bakul. makcik tua itu menganggukkan kepala.

'tempenya masak makcik?' tanya pemuda itu lagi. makcik tua itu terasa ingin menganggukkan kepala sahaja kerana bisikan2 hatinya yang menyatakan pemuda itu tak akan tahu pun tempe itu tidak masak dan mungkin hanya akan sedar setelah pulang yang kemungkinan besar tempe itu akan masak setelah terlalu lama peram.

'tidak nak. tempe ni belum masak2 walaupun makcik dah peram semalaman' jawab makcik tua itu sedih. dia memilih untuk bersikap jujur.

'Alhamdulillah.... saya memang nak cari tempe yang belum masak. semua tempat saya pergi, semua tempenya masak. macam tu saya beli semualah makcik!' balas pemuda itu gembira. dan terjual lah kesemua tempe makcik tua itu. =)

************

*senyum*

rezeki itu Allah punya. bersangka baiklah. mungkin kita tidak dapat di sini. tapi kita dapat di sana. apa yang penting, jangan sekali2 kita pernah berputus asa dengan rezeki Allah.

aku pernah mengalami kemerosotan kewangan yang sangat dasyat. waktu tu aku hanya mampu menangis. menangis dan menangis di masjid uia. tiba2 datang seorang sister menyapa;

'sister? are u oke?' 

*terkejut*

*mendongak*

yang menegur aku merupakan seorang iran. dia lantas duduk sebelah aku.

'siapa yang buat awak macam ni? cikgu? kawan2? keluarga?' (ya..aku tolong translatekan. beliau bercakap bahasa inggeris. --padahal takreti nak tulis english. cis-)

aku menggelengkan kepala. teragak2 aku hendak menjawab kerana aku seorang yang agak sukar berkongsi masalah. tetapi melihatkan kejernihan air muka si penanya membuatkan aku terus menjawab.

'saya tak ada duit...' balasku lantas menangis sesungguh2 hati. terbayang yuran mahallah (kolej kediaman) yuran belajar..duit makan minum sebulan. tika itu dalam dompetku betul hanya ada 30ringgit.

'masyaAllah..... awak menangis pada sesuatu yang tiada. saya ingatkan ada orang pukul awak.' 

aku terdiam.

perlahan2 aku dongakkan kepala dan melihat kakak tu tidak percaya. eh.. aku tengah nangis. dia boleh ketawa? tetapi ketawa lembut si dia buat aku turut mahu tersenyum.

'tengok...tengok...betapa cantiknya awak bila tersenyum.' katanya2membuatkan aku terus tersenyum walaupun ketika itu air mata aku masih lagi turun melaju.

'awak tahu tak rezeki itu milik Allah? awak tahu tak kecukupan duit kita semua bergantung atas nikmat yang diberikan? saya pernah menangis seperti ini ketika saya tiada duit untuk mambayar yuran dan awak sendiri tahu betapa mahalnya yuran pelajaran bagi pelajar luar negara seperti saya? -aku mengangguk mengiyakan- dan ayah saya pula seorang yang uzur dan tiada berduit. dia gadaikan tanahnya untuk membiayai saya di sini. tetapi...ayah saya kata rezeki itu milik Allah dan kita kena percayakannya. saya dapat tawaran dari iium sendiri untuk membayarkan yuran saya dan tiba2 ada saudara saya yang mahu beri duit buat saya belanja seharian di sini. masyaAllah... tidakkah Allah itu hebat?'

aku diam. betul2 diam. air mata aku turut berhenti.

'awak buka Quran. -katanya sambil menunjukkan beberapa ayat kepada aku- di mana2 Allah janjikan rezeki buat yang meminta. buat yang percaya. jadi. awak takperlu risau. tugas DIA untuk beri pada hambanya.'

kali ni aku mengalirkan air mata. sungguh2 Allah pujuk aku. sungguh2 Allah memberitahu pada aku DIA ada. hanya aku sahaja yang sering meminta2 pada yang bukan hak. hanya aku sahaja yang tidak percaya pada punca rezeki yang sebenar. baru sahaja aku rasa sedih, Allah singgahkan pemujuk. memujuk aku untuk memberitahu DIA ada. masyaAllah.. Alhamdulillah. aku betul2 terpujuk dan sangat tenang. sayang Allah!

dan...sehingga kini...walaupuntanpa tanggungan siapa2 atau apa2.. tanpa meminta duit ummi abah.. aku masih mampu 'bersekolah'.meneruskan kehidupan sehari2an seperti manusia normal lain.

kerana.... aku ada Allah.
kerana.... aku percaya rezeki itu puncanya DIA. aku hanya perlu berusaha selebihnya terserah DIA.
kerana.... bagi aku ketercukupan itu atas redhanya manusia. ada yang punya seribu, tapi tidak cukup berbelanja. tapi ada yang punya seribu dan boleh urus segala2nya.

jadi betul kah duit itu punca rezeki kita?

*senyum*

fikir2kanlah...


nota: maaf. panjang sangat. kalau malas baca sila komen. aku akan separate kan dua cerita ni. TQ.

No comments: