Pages

Monday, July 29, 2013

mengungkit dengan Allah

orang kata, hidup ni kena ikhlas. tak boleh mengungkit. nanti pahala yang menggunung tu kena tebas. haa... meter pahala yang full tank kalau bocor sebab mengungkit pun tak guna ye dak? lama2 jadi zero. soo... takbest!

tapi, tahukah awak2 semua (bulan ramadhan ni guna ayat sopan sikit. mekasih2) yang kita boleh mengungkit dengan Allah?

tatkala kita tersepit dan sangat2 terdesak memohon bantuan, maka tadah tanganlah. minta pada Dia. =) minta rayu manusia sekalipun, kalau Allah tak izinkan, takkan boleh jugak. jadi, sebelum kita buat apa2, kita minta dan rayu dulu dengan Allah. ungkit sebanyak mana amal yang kita pernah lakukan (itupun kalau kita buat amal lah kan? takat solat,puasa,zakat yang dah sedia wajib tu, takperlu nak mengungkit sangat lah kott...) sebab Allah ni Maha Mendengar. memang Dia dah tahu semua amalan kita..cuma Dia rindu nak dengar rayuan hamba2nya pula..

*senyum*

ini bertepatan dengan sebuah hadith;

*********

daripada Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar Bin Khattab r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasullulah s.a.w bersabda;

" ada tiga orang berjalan2 kemudian memasuki ke sebuah gua untuk berteduh. tiba2 ada sebuah batu dari atas gua bergolek dan menutupi pintu gua tersebut sehingga mereka tidak dapat keluar. salah seorang daripada mereka berkata bahawasanya tiada yang dapat menyelamatkan mereka kecuali Allah. maka ketiga2 nya pun  berdoa dengan menyebut amal2 soleh yang mereka lakukan.

1. kasihkan ibubapa

seorang daripada mereka berdoa,

" wahai Allah, aku mempunya ibubapa yang sangat  uzur. aku biasanya akan memberi susu kepada mereka sebelum aku memberikannya kepada anak2 dan isteriku. pada suatu hari aku mendapati ibubapaku sedang tidur dan anak2 ku kelaparan tetapi aku tetap menunggu sehingga mereka bangun untuk memberi minum walaupun anak2ku menangis kelaparan.

Wahai Allah, jika aku berbuat baik kepada orang tuaku dengan mengharapkan redhamu, maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini"

dan batu itu bergerak sedikit tetapi belum boleh membenarkan mereka untuk keluar.

2. kutolak zina

orang kedua pula merayu kepada Allah.

" Wahai Allah. aku mempunyai saudara sepupu yang sangat kucintai dan sering mengajaknya untuk berbuat zina tetapi dia selalu sahaja menolaknya. pernah sekali dia ditimpa kesusahan menyebabkan dia datang kepadaku untuk meminta bantuan lalu aku mensyaratkan untuk memberi 120dinar dengan berzina dengan aku. pada kali ini dia bersetuju kerana terlalu terdesak.

ketika kami hampir melakukannya, dia berkata kepada aku: 'takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kau bersetubuh denganku kecuali dengan cara yang benar'

aku lantas meninggalkannya dan menghalalkan dirham yang kuberikan kepadanya. Wahai Allah..jika apa yang ku lakukan ini kerana mengharapkan redhamu, maka gerakkanlah sedikit batu itu"

dan batu itu bergerak sedikit lagi tetapi belum boleh membenarkan mereka untuk keluar.

3. amanah

dan orang yang ketiga pula berdoa;

" wahai Allah. aku menggajikan beberapa orang pekerja dan membayarkannya dengan sempurna kecuali seorang yang tiba2 menghilangkan diri. kemudian gaji itu aku laburkan sehingga menjadi perniagaan. selang beberapa lama, pekerjaku itu datang menuntut gajinya lantas aku memberikannya kesemua harta yang aku laburkan menggunakan gajinya seperti unta, kambing lembu dan budak yang mengembala. dan dia mengambil semuanya tanpa meninggalkan sisa pun.

wahai Allah...jika apa yang aku lakukan ini adalah untuk mengharapkan redhamu, maka gerakkanlah batu ini untuk kami keluar."

maka batu itupun bergerak sedikit dan mereka pun dapat keluar dari gua tersebut.

***********

so.. geng. amacam kita2 nih? mampu ke nak ungkit dengan Allah tatkala kita susah? atau kita ni sibuk je nak ungkit dengan manusia yang kita dah tanam budi untuk turut membalas budi kita sama? salah konsep tu bro..salah konsep....nak ungkit..kita ungkit dengan Allah. kalau ungkit dengan manusia...tak dapat apa2pun. dapat 'lemak tidak berkrim dan tidak disukai ramai' adalah. takpasal2 nanti kita kena cop kaki mengungkit pula!

payah oiii gitu...

*sengih*

jadi, sebetulnya, kita kenalah mengungkit dengan Allah!. aku pun ada kisah aku sendiri di mana aku turut 'mengungkit' apa yang aku pernah lakukan dan minta Allah tunaikan dengan kadar yang segera. dan...nampak gaya amal aku dah semakin menipis sebab asyik mengungkit dengan Allah. so sad~ tapi serius ni! minta aje! Allah akan tunaikan! ini aku memang kompem 100%! jaminan! haa...

dan yap. kalau kita tak dapat apa yang kita mahu, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik dari itu. seperti apa yang aku pernah minta supaya Allah sembuhkan ummi. Allah memang taksembuhkan.. tapi Allah jaga ummi. Dia 'simpan' ummi pada jumaat pagi.. masyaAllah.. walaupun sebenarnya ummi dalam keadaan kritikal 2 hari lamanya sehinggal doktor pun amazed macammana ummi boleh bertahan lama dari rabu sehingga jumaat.dan mungkin Allah tahu...ummi lebih bahagia dijaga DIA..

*senyum*

*lap airmata*

jadi kawan2...jangan pernah rasa putus asa. kalau kita rasa down dan seperti tiada apapun di dunia ini yang boleh membantu, dongaklah menghadap langit. mintalah pada yang Maha Penyayang. sebab DIA sayang kita2 ni lah DIA akan tunaikan tau.

jom! positif dengan Allah!!

nota: hadith di atas merupakan dalil akan bolehnya bertawassul dengan amal soleh. cuma syaratnya amal tersebut kenala bertepatan dengan syarak dan dibuat dengan ikhlas des. =)

1 comment:

Nisha said...

Jom Join! 28 hadiah menarik! Top refferal akan mndapat Rantai Moustache dan HADIAH PILIHAN SENDIRI! Let's Join! :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giler-by-anis.html