Pages

Saturday, May 4, 2013

tidak percaya


dah jadi satu kebiasaan untuk aku bertanya kat koci or koci remind aku yang esoknya ada kuiz @ esemen yang perlu dihantar. tapi haritu..

incoming call...... koci.....

terkejut.

tengok ironman. tengok henpon. baru nak angkat dia letak. -_-

'ngape?' ku mesej beliau kehairanan. bear in mind, koci adalah makhluk yang taksuka bercakap di telefon. beliau mahu menjadi pausbiru yang kedua.

incoming call...... (waktu tu aku dapat rasa yang koci dah putus asa hantar mesej kat henpon aku dan aku takrespond dengan jayanya. oh. my. henpon!)

'nape?' tanya aku gigih memperlahankan suara.

'esok ada kuiz ke?'

*terkejut. tanya diri sendiri balik. esok ada ke?

'entah? wei.. ko takde masa lain ke nak tepon? dengar tak ni? (halakan henpon ke screen pawagam) aku tengah tengok ironman kot!'

*koci bantai gelak kow2..

lepas habis ironman, aku kompemkan dengan seorang lagi classmate kitaorang mengenai kuiz dan text koci balik.

'nop.'

(aku agak bangga dengan respon koci yang boleh paham 3huruf tu tanpa ada pendahuluan bagai.)

'sure?'

'80...(padam)...90...(padam)....70%'

'takyakin mana aku dengan kau ni.tapi aku buat2 yakin jela'

-____________- mesej berunsur2 penindasan dan mencari pergaduhan sungguh!

No comments: