Pages

Thursday, May 16, 2013

semester panjang terakhir....

perasaan bercampur baur.....

engineering.....uia......

dan semester yang menenangkan.......

bagai tidak percaya sudah sampai ke penghujung.....

*senyum*

sekarang aku sudah jelas kenapa orang sering kata aku nampak 'lain'. nampak makin berseri dan manis mereka kata. ini bukan soal apa yang aku pakai..atau apa yang aku tampal di muka (sebab obviously aku takbuat apa2 pun untuk itu) tapi ini soal hati dan jiwa yang tenang. perkara2 lepas banyak mengajar aku untuk lebih menghargai senyuman dan ketenangan juga ketawa! hahaha....

sem ini aku paling banyak ketawa di dalam kelas. paling banyak mengomel di rumah. paling banyak bercakap bila berjumpa rakan.

sungguh kata, kamu boleh jadi orang paling kaya di dunia, tapi kamu tidak mungkin mampu membeli tenang. dan, kamu mungkin orang paling miskin di dunia, tapi andai kamu rasa bahagia untuk itu, tiada siapa2 mampu merampasnya dari kamu.

*senyum lebar2*

*air mata bergenang*

mungkin dulu Allah hadirkan sakit di jiwa kamu. sehingga kamu rasa bahagia adalah sesuatu yang mustahil untuk kamu kecapi. tapi sini aku ingin kongsikan satu rahsia. formula yang aku kira amat berkesan untuk aku.

maafkan. maafkan diri kamu sendiri. maafkan orang2 yang menyakiti kamu. maafkan kesilapan2 yang pernah kamu lakukan. maafkan siapa-siapa dan apa-apa sahaja yang menyakiti mimpi malam kamu. maafkan siapa-siapa dan apa-apa yang mengganggu rasa tenang hati kamu.

maafkan sehingga tiada secebis pun perasaan sakit yang tertinggal. maafkan sehingga kamu tidak lagi mampu untuk ingatinya. maafkan sehingga kamu rasa beban di dada dan bahumu hilang.

kerana bahagia itu milik kamu. kamu yang memilihnya.

kerana...

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kamu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.

*lap air mata*

*tersenyum lagi*

aku akan rindukan ini.... tempat yang menjadi saksi jatuh bangun aku sebagai seorang manusia, universiti islam antarabangsa. 

aku akan rindukan ini.... rakan2 yang sering menjadi tulang belakang aku sebagai seorang insan. terima kasih Allah kerana memberi aku peluang mengenali kamu semua. terima kasih sahabat kerana sering bersama2 aku.

dan buat kamu yang aku tidak sengaja sakiti, aku minta ribuan kemaafan di atas kekhilafan diri ini. juga buat kamu yang tidak sengaja menyakiti aku, aku maafkan.

jom.

struggle untuk final exam!! ^___________^

nota: masih punya satu semester pendek untuk di lalui. yoossshhhhhh! berusaha!!

No comments: