Pages

Saturday, May 11, 2013

ENGINIUS DINNER


salam alaik.
semalam aku pergi dinner anjuran persatuan enginius kat campus aku (setelah di paksa macam apa jek oleh kancil. 'mana ada!' -aku tau kau nak jawab gini. bahaha-) dan ini adalah sebahagian moment yang aku takboleh lupakan. 

p/s: gambar tak ada lagik.sob. nanti dah ada aku masukkan ne.. *sengih*


situasi satu:

aku minta kancil jemput aku sebab macam segan nak mengheret baju gojes itek ke dewan.

'weiiii......cam segan je nak pakai macam ni depan orang...wuuu....' kata aku merujuk ke eyeliner kat atas mata. (sila tepuk tangan sebab aku dah terror pakai eyeliner! he he)

kancil tengok seimbas. lepas tu buat taktau.

'biasa je aku tengok.' kata beliau selamba.

sob.

aku masih lagi cuak2 ayam sambil rasa diri amatla taknormal waktu nak berjalan masuk ke dewan. sekali bila sampai depan dewan.....

fuyoooooo.......!! (kata aku dalam hati)

gojes giler bebudak engin ni. kat kelas nak pakai jeans n t-shirt je memanjang. sekali bila melawa.....peehhhhhh.........

oke. sekarang aku rasa dah normal balik. hee~


situasi dua:

kancil janji dengan aku akan bawak another friends yang aku familiar with n we will be sitting together. dan aku pun penuh percaya kat beliau, tak ajaklaa kawan2 aku sebab taknak bertindan geng. 

sekali...

'weh! mana rakan2 yang engkau janjikan?!' bentak aku sambil duduk tegak macam haper je kat kerusi tersebut.

kenapa tegak?

let see...

1) hanya 2orang aje (selain kancil) yang aku biasa berborak dan kenal, lebih tepat, kat meja tersebut.

2) mereka semua lelaki. maksud kata; AKU SORANG JA PEREMPUAN KAT TABLE TU!!!

kancil : errrrr......entah?

-_______- aku ingat gen4 je ada habit culik aku gini. sob.


situasi tiga:

awal2  masa dinner lagi aku dah terpadamkan lilin n tumpahkan air.

nampak tak basah? kancil siap amek bahan bukti tu...
-_-


'ea...kucing.... shh!' kata salah seorang rakan di meja makan sambil matanya dibulatkan dan jari telunjuk diletakkan di mulut. isyarat minta aku diam. sob.

*jeling...

kucing? pffft.....

(buat hal pelik2 ialah salah satu cara aku nak hilangkan kekok. mekasih.)


situasi empat:

aku nak minta maaf kat cikgu gai sebab baru je perasan beliau dalam kelas VSAD tempoh hari (dah nak habis semester dah nurul!!!) dan dengan semangatnya bercerita kat orang sebelah sebab cikgu gai agak jauh dari aku.

'korang tau tak, aku baru je perasan DIA NI (sambil tunjuk kat cikgu gai) sekelas ngan aku semalam! dah nak habis semester dah. haha...' aku gelak. 'soriiii tau cikgu gai.....(ofcoz i was saying his name!not cikgu gai!)' kata aku buat muka kesian.

cikgu gai gelak2. bebudak tu tanya aku balik.

'kelas apa?'

memula aku laju je nak jawab sambil nak buat konklusi betapa aku ni sangat ignore brothers engine. pastu tetiba rasa semacam.

'vsad. errr.... kita ada sekelas ke?' tanya aku serba salah.

i swear, their faces were like this;

-________________________________________-

'eh... takde...mana ada....' kata mereka penuh sarkastik. tapi kemudiannya siap bagi bukti;

'tadi lab ko pakai baju biru an?' LAB!!!! buat kije sekali kot! macam mana aku boleh tak perasan?!!

'ko amek ice kan?'

'hari kames hari tu ko pakai baju oren kan?'

oke........berapa kelas sebenarya aku sekelas ngan deorang ni?! sob. terpaksa admit defeat. ke-ignorant aku terhadap brothers engine = 100%. fine kancil! u win! (kancil dah banyak kali cakap tapi aku takpercaya sebab aku rasa.aku rasalaaakan...aku takseteruk tu. wuuuu~)

SORILA! dah korang ramai. duduk pulak berjemaah gitu. memang harapanla aku nak tegur. pandang pun segan inikan pulak nak borak bagai. ish!

nota: buat yang taktahu, kelas2 aku biasanya, 6orang perempuan versus 50-60 orang lelaki adalah normal. yang taknormal bila perempuan cecah 10orang serta lebih. SERIUS taknormal.


situasi lima:

nama aku naik untuk lucky draw tapi bebudak meja aku taktepuk tangan pun. pelik. bila aku bangun...

'eh laaa... nama engkau ke?'

-______-

kemudian meriahlaa mereka bergendang sakan sambil jerit nama kancil. (aku takfaham motif jeritan tesebut. setahu aku mc jelas2 panggil nama aku tadi. bukan kancil) tapi sebab malu sangat, aku terus pusing belakang, n jeling.

diam.

oke...aku garang. hahahaha~

nota: mereka panggil aku puteri. (mengikut nama fb. stalker? hoho~)


situasi enam:

semasa nak ambil gambar beramai2, aku duduk paling hujung sekali. dengan kedudukan yang tak center, aku dengar sister sebelah aku cakap.

'kita ni yakin jek senyum. entah2 tak masuk pun dalam gambar'

aku gelak. kelakar kot!



habis daaa... =)

nanti kalau ada gambar aku buat post yang kedua pulak ne. takat ni dulu. ciauuuu~

No comments: