Pages

Thursday, March 7, 2013

malu vs maruah


bismillah...

aku terjumpa kisah sadis di mana seorang gadis menjerit2 memaki seorang lelaki di tengah awam. kalau sebelum ni aku tertanya2 sejauh mana rasa malu orang yang suka menjerit2 di tempat awam tentang kehidupan privasi dia, hari itu persoalan aku terjawab.

sedih dan memalukan.

orang yang tengok semua pandang2 pastu tanya2 sama sendiri

'apahal? gila apa?'

hader tidak free2 aje di doakan puluhan mata yang memandang sebagai orang gila? yang walhal, bagi kita (aku rasa bagi pihak that girl) yang salah tu lelaki. bayangkan jap eh situasi ni:

******

'KAU!! DENGAN BETINA KAU TU MEMANG TAK GUNA!! DASAR JANTAN PENIPU!!!!!!' jerit seorang gadis bertudung ungu berbaju kurung kotak2 sambil menghentak2kan kakinya. di hadapannya terdapat seorang lelaki hitam manis yang meraup muka berkali2. matanya melilau2 memandang sekelilling. dia kemudiannya terus memakai cermin mata hitam. 

'fiza.. (bukan nama sebenar) hal ni kita boleh bawak bincang k. jangan la jerit2 kat sini. awak tak malu ke?' kata lelaki tersebut sambil menghulurkan tangannya separa bahu.

'ohh.... saya menjerit2 awak malu.... dah tu.. YANG KAU, BERKEPIT SIANG MALAM DENGAN BETINA TU TAK MALU?! HAH?!! AKU MEMANG NAK JERIT!! NAK BAGI SATU DUNIA TAHU PERANGAI TAHI KAU!' perempuan bertudung ungu yang di panggil fiza itu mengurut dada mungkin kerana terlalu letih menjerit tanpa henti. aku yang pada ketika itu hendak melintas jalan dari tempat parkir untuk mengejar ummi yang sudah hilang di sebalik bangunan putih itu terus berhenti. kaki aku degil melawan arahan otak untuk melarikan diri dari kawasan sandiwara petang itu.

menarik! bisikku di dalam hati. perempuan itu tidak malu menjerit. juga tidak malu untuk membuka aib lelaki di depannya yang aku kira adalah kekasih dia.

'fiza.. please... saya rayu laa... awak tu bertudung.. apa orang akan fikir nanti...' betul2... aku mengiyakan kata2 lelaki itu di dalam hati.

'OH...!' fiza berbunyi sinis. 'kau fikir maruah aku? KAU INGAT AKU TAKTAU YANG KAU HANYA FIKIR PASAL MARUAH KAU JE. KAU YANG BUAT AKU JERIT!! KAU LAH YANG BUAT MARUAH AKU JATUH!! KAU LA LELAKI  S....... B...... S.....S......P.... (err.. kata2 sumpah seranah beliau adalah amat tidak sesuai dibaca malah ditulis sekali pun oleh kanak2 riang seperti ambe. -kanak2 ke?-) PALING TAKGUNA!!!' gadis bernama fiza itu mengakhiri 'ucapan'nya dengan jeritan paling nyaring yang aku pernah dengar. ni suara saprano dalam koir kebangsaan pun kalah ni.

aku pandang kiri dan kanan. tiada seorang pun perempuan yang berhenti tengok. aku sahaja perempuan yang gigih tercongok2 di sebalik rimbun pokok dengan bajet2 pasangan tu tak nampak aku, yang lain semuanya lelaki. mereka memandang2 sambil tersengih sinis. ada siap berdiri betul2 antara kedua2 mereka seolah2 sedang menyaksikan persembahan teater. yang duduk dan mengambil gambar juga tidak kurang ramainya. aku jadi malu. malu! malu! malu! ketika aku ingin melangkah pergi, terdengar bisikan beberapa orang lelaki di belakangku

'gila perempuan ni. muka dah cantik. tapi gila. tolak free mati hidup balik aku tak buat bini.'

zapp!! menusuk kalbu.

dalam hati aku berdetik... perempuan jugaaa yang salah kan? mataku berair.perasaan malu kian menebal lalu aku mempercepatkan langkah untuk berlalu pergi.

******

malu dan maruah. berkait rapat sebenarnya. hilang malu, hilanglah maruah. hal tadi banyak mengajar aku. banyak menempeleng dan menusuk2 kalbu. hati. jiwa aku ni sebagai seorang perempuan. bagaimana mungkin, seorang gadis ayu (layaknya, kerana memakai tudung dan baju kurung di kawasan shopping complex seperti itu) boleh bertidak di luar dari batasan biasa? 

menjerit, memaki hamun di khalayak ramai, terasa murahnya maruah seorang perempuan. walaupun bagi aku layak lelaki itu di marahi (mungkin laa kot. aku cuma ambil pendekatan positif.) tetapi adalah lebih layak kiranya gadis itu menjaga maruahnya. menjerit dan memaki hamun memang tidak menyelesaikan masalah. MALAH menambah perasaan benci dan meluat kepada yang mendengar. hidup aku dikelilingi orang yang suka menjerit2 dan marah dengan serentak. jadi aku boleh kata dengan konfidennya kat sini, MEMANG MELUAT.

adik2.. maruah kita ni mahal tau. jangan murahkan hanya untuk seorang lelaki. harga diri kita ni tinggi tau, jangan hilangkan dengan hanya untuk memaki dan melepaskan perasaan. kita marah. kita benci. kita tak suka, kita diam. diam kita mahal. diam kita berharga. diam kita menghantar isyarat amaran pada lelaki yang mereka tidak boleh mempermainkan kita. diam wanita itu menunjukkan maruah diri yang tinggi harganya. jangan murahkan dengan luahan2 perit yang mengundang sinis manusia.

dan percaya ini, lelaki yang mudah menjatuhkan air mata kita itu TIDAK LAYAK untuk kita. tinggalkan mereka kerana air mata kita cukup berharga dan tidak mungkin mampu terbeli walau dengan ribuan ringgit sekalipun.

^_______^


sungguh cakap, demi Tuhan yang mengcipta alam, aku sayang kamu saudari2 ku.

*hug*

No comments: