Pages

Friday, February 1, 2013

styling lab

bismillah...

sem lepas aku ambil satu subjek elektif bagi automotif iaitu styling. subjek ni bagi kesan dalam hidup aku sebab membuatkan aku kenal dengan bebudak lelaki auto engineering yang selama hidup ni aku tak pernah nak ambil peduli walau sorang pun. he he... (saya penyegan makhluk nya. lalala~)

aku di groupkan sorang2 dengan 7orang brothers. (sangat sedih n kekok keyh. sebenarnya grup cuma 4orang je tapi terpaksa gabung2 sebab tak cukup bahan. itu yang aku dari grup gegirl tecampak masuk dalam grup all boys tu) untuk hasilkan menda alah ni:

mr cobra! 
yang asalnya nak bagi nama leaves tapi tersalah ukir, buat dia nampak macam ular. oke. sedih.

styling lab ni adalah salah satu process penting dalam bidang pembuatan kereta. sesebuah kereta yang nak di hasilkan n di-style-kan mengikut kehendak pelanggan (contohnya proton ke perodua ke), akan menggunakan process2 dalam styling lab ni laa. cuma bezanya, deorang guna cara yang lagi macho n berwibawa tinggi laa.. kami ni guna bahan mughah je. itu yang sampai gigil2 tu nak bentukkan kete ni. 

berikut adalah antara step2 yang ada dalam styling lab:

step satu:

bentukkan foam.

1) letak gam untuk lekat2 foam biar jadi bentuk besar kereta yang kita nak hasilkan (lab sebenar tak guna foam eh. harap maklum)
2) lukisan kereta yang sedia ada di-tekap ke foam
3)bentukkan potong mana2 bahagian yang rasa macam tak perlu

 inilah dia rupa foam mughah lagi menyakitkan ahti jua jiwa raga kami ber-lapan.
mana tak sakit weyy... pantang tergolek, nak tercabut la.. nak terkemek la..-_-
rasa nak buat demo berjemaah je kat engineering uia supaya bagi peruntukan untuk styling lab lebih sikit. (poyo. type terror lah. ngadap dean, mau terketar2 lutut nak menjawab)

haa... nampak tak foam yang kena ikat tu?j masa kami tengah gigih bentukkan foam ni, tiba2 dia dia boleh terburai n retak2. syahdu jek rasa. T.T tu laa yang kena ikat tu...jelas2 menunjukkan ke-mughah-an bahan yang kami guna an. sob3..
last picture tu laa 'leaves' kete idaman kami pada mulanya. hensemkan?kan?kan?
kannnnnnn

*bulat mata beria


step dua:

salutkan foam dengan tanah liat aka clay pulak. bagi nampak gah n supaya bentuk dia kekal sikit.

leaves yang da start hilang ghupa bentuk. T.T

tanah liat yang ketul2 akan jadi cair lepas masuk dalam oven n kemudiannya ditempekkan kat atas model kheto (baca: kereta) kami.

TAPI...

 brothers ni memang laa kan..dalam busy2 nak siapkan projek, ada je idea deorang dalam nak buang masa sambil berseronok untuk hilangkan stress menggunakan segala perkhidmatan yang ada.
deorang ambil clay ni, betuk bulat2, lepas tu baling kat dinding. tengok sapa baling paling tinggi.

-___________-
bijak~

yang paling taktahan. siap ajak kumpulan lain tuh....
dahla muka masing2 excited bila dapat baling tinggi

high five!! kata uzair dengan gigihnya kat kawan yang tak layan dia. lalala~

nampak tak betapa bergaya dan bersungguh2 nya mereka? tsk2...
mohon sir potong markah please..penyalah gunaan bahan lab ni!

last picture tu menunjukkan clay hasil kegigihan mereka membaling kat dinding (bersepah!)

paling best siap tanya aku:

'ko taknak join ke nurul?'

-___________-
as if!

dalam pada mereka gheghamei main dengan penuh keseronokan,

tinggal la budak ni buat kije sorang2...
forever alone bro~
forever alone....

(tolong sedih bagi pihak mung)


 last touch up sebelum sembur cat.


step tiga:

touch up dengan cat

haaa... time ni barulah aku dapat pegang model ni. sob3.. sebab sebelum ni terlalu banyak tangan2 lelaki, jadi aku hanya takat mampu melihat je... T.T

gigil2 jugak aku mengecat menda alah ni. al maklum, wa ni makhluk comot. suka mewarna, cuma tak pandai je. (sekarang baru aku rasa kesian kat cikgu pendidikan seni aku yang sangat gigih ajar aku mewarna dulu)

masa tengah mengecat ni, ada la jugak 2-3 kali aku menjerit.
sebab aku berjaya mengotorkan model tu sampai deorang semua toleh n geleng2 kepala.

'beghak nang2 budop nih. ngecat sikit bunyi kaloh ore bekwoh'
T___________T

ya. mereka SEMUA orang terengganu dan kelantan. sedih2...

kesan comot akibat mengelap kesan kotor yang aku buat kat kheto.
korang bayangkan aje kalau tangan aku macam tu nya comot, kesan kat kereta macam mana la.
T.T
gomenasai!

da abes. =D

jum bergembira ramai2..



nota kaki:
sangat seronok bekerja dengan mereka.
^______^"
kot...










No comments: