Pages

Saturday, November 10, 2012

yasmin eps 4


eps sebelum2 ni:






aku baru nak tarik kerusi untuk duduk bila bihah menarik tangan aku. Aku terdorong mengikut rentak kaki dia. Hari ni memang musim orang heret aku ke? Ada banner tengah buat promosi ‘sila tarik saya’ ke kat dahi aku?

‘wei…nak pegi mana ni?’ aku menarik tangan aku dari dicengkam bihah. Bihah berheti berjalan nak menoleh ke arah aku.

‘taman.’ Kata bihah pendek. Aku membontoti dia sehingga ke taman sains bersepadu. Tempat kami selalu lepak dan selalu makan bersama.

‘kelas dowh…kang bising pulak ustazah rokiah’

‘ustazah takde. Dia meeting.’ Balas bihah pendek. Aku mengangguk. Terlupa pula apa yang abglong cakap kat aku tadi yang dia ada meeting lepas rehat. Dia siap pesan supaya kedua kembar tu tak mengganggu aku sampai meeting habis dan minta aku duduk dalam kelas sahaja. Dia dengan suka hati men-declare hari ini aku adalah milik dia sorang. -______________- tak guna punya abang. Baru nak puji muka matang. Cancel. Peel budak2 masih tak hilang lagi rupanya.

‘ko tak beritahu aku pun an’ bihah dah memeluk tubuh. Dia pandang aku geram.

‘aku pun tak tahu…..’ aku balas perlahan. Menangkap maksud yang cuba disampaikan bihah. Aku duduk di bangku kayu yang dibuat oleh pelajar2 dari kelab penitia sains dan kesihatan. Aku tak tengok bihah. Seram!

‘takkan ko tak tahu abang ngan adik2 ko ada kat sini?’ bihah bertanya lagi.

‘laa…yang ko nak marah2 ni kenapa?’ aku jeling2 je tengok bihah.  Takut wey. Dia ni bukan boleh kira. Silap2 mau tak aku ni kena panggang kat sini.

‘aku ingat kita kawan baik?’ bihah bersuara tajam. Dia dah mula nak melangkah pergi tapi aku sempat tahan dia.

‘aku….sorry keyh.’ Aku tarik2 tangan bihah memaksa dia untuk melihat ke arah aku. Bihah berpaling n tengok aku dalam2.

‘ko ni terlalu berahsia min.’ suara bihah mengendur. Dia duduk disebelah aku. ‘2tahun aku kenal ko, 2tahun jugak aku rasa macam aku tak kenal ko langsung.’

‘…..............’

‘mula2 amin. Lepas tu fikri. Sekarang adik beradik susuan pulak. Ko tak rasa ko perlu cerita apa2 ke kat aku?’ bihah intai aku kat sebelah dia. Aku tunduk je. Tarik nafas dalam2. Cuba mencari kekuatan yang terbang melayang bila melihat adik beradik susuan aku di depan mata tadi.

‘dahla hensem2’

Kata2 bihah kali ni mengundang tawa kecil aku. Hensem kah?
‘wei…hensem dowh…' kata bihah seperti dapat menangkap maksud dari ketawa kecil aku tad. 'ko takde cita2 nak jadikan aku kakak ipar ke?’ bihah bercakap sambil tersengih. Aku menoleh ke arah bihah mencebik dan menggelengkan kepala. bihah gelak sakan. Aku pun turut sama ketawa.

‘rugi minyak masak rumah aku je ada ko as kakak ipar’ kata aku selepas reda dari ketawa.

‘apesal pulak? Bukan aku duduk sekali ngan ko pun’

‘ha..tengok…belum apa2 dah bercita2 nak beli rumah. Nak duduk tempat lain. Memang materialistik’ aku balas.

‘wei. Ada aku cakap nak duduk rumah lain? Aku ni penjimat. Duduk dalam khemah je. Masak pakai unggun api. Tapi kena duduk sebelah rumah ko la. Untung2 dapat makan free’ bihah ketawa. ‘tapi kan min, apa kaitan aku dengan menghabiskan minyak masak?’ tanya bihah dalam ketawa yang masih bersisa.

‘entah? Tekeluar. Ala, ko nak khemah tepi rumah aku still menghabiskan minyak aku jugak’ aku sambung ketawa. Ketawa bihah bertambah kuat. Dia mengelap air mata yang mengalir akibat telalu kuat ketawa.

‘haih….dah la min. jom balik. Meeting sekejap je ni.’ bihah bangun seraya menghulurkan tangannya kat aku. Aku menyambut dan jalan beriringan dengan dia.

Aku senyum.

Bihah. Thanks. Ucap aku dalam hati. satu hari nanti aku akan cerita semuanya kat kau. janji aku dalam hati.

********************

nota kaki:
korang tunggu setahun lagi untuk aku sambung citer ni la eh
sebab citer ni tak bersambung sejak tahun lepas. sila sedih.
nota kaki kepada nota kaki:
hari ni ceksu kawen.
TAHNIAH SUHAIRI! =)
da kawen takle men culik2 aku bawak jalan2 lagi da eh.
sila ghentikan peel yang selalu buat darah aku naik tu.
may Allah grant u happiness always buddy!

No comments: