Pages

Thursday, November 29, 2012

KITARA

 aku tengah malas!
busy + stress buat aku super malas nak ber-blog. tapi sebabkan ada kawan aku request nak jugak baca something handmade by cik penguin (peminat sejati wa cakap lu... muahahahahaha. << oke. cikpenguin, sila behave>>) aku masukkan aje antologi cerita yang aku pernah nak buat. 'nak' aje, tapi tak pernah terasa nak sambung. jadi kalau baca n rasa teruja, jange maghoh des bila aku taknak sambung.....
muahahahahahahaha..... 

*gelak devil sesungguh2 hati*

jeritan di koridor aku pandang sepi. walaupun satu kelas aku dah mula angkat punggung masing2 untuk turut menyibukkan diri dalam acara mingguan tu, aku langsung tak ambil pusing. aku kena bersabar.... ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum SPM. aku.. kena..kena..bersabar.....

'airi, u taknak join ke?' farha, gadis tinggi lampai berwajah bujur sirih menyapa. sinis sekali soalan yang dituju. aku buat2 tak nampak farha kat sebelah kanan. kepala aku dongak sambil memandang ke arah sebelah kiri. dia lutsinar airi... lutsinar...kau mana nampak dia... aku usaha sedaya upaya untuk tipu kepala aku. kata guru kaunselor aku, fikiran kita ni boleh ditipu. menda fantasi boleh menjadi realiti kalau kita asyik membenarkan imaginasi menembusi sistem neuron2 dalam kepala. maka disebabkan kepercayaan itu, aku sekarang ini sedang berusaha sedaya upaya untuk buat2 tak nampak kewujudan makhluk yang selalu berusaha gigih untuk sakitkan hati aku.

'join la airi.. ambil pengalaman... mana tahu lepas ni giliran u pula...' farha akhirkan kata2 berbaur provokasi tu dengan ketawa sinis. dia berlalu pergi. aku tarik nafas lega. perlahan sahaja aku berpaling ke arah kanan aku.mencuri2 pandang ke arah tingkap kelas. deretan tetingkap yang terbuka menampakkan dengan jelas apa yang sebenarnya yang mengundang kemeriahan koridor kelas.

BUNGA LIMA. atau lebih dikenali FLOWER FIVE sedang berjalan di koridor kelas aku. dihadapan sekali. syafiq Haikal, pelajar tingkatan lima berjalan mendahului yang lain sambil tangan diseluk kedalam kocek seluar. tubuhnya sederhana tinggi dan tegap. dengan keputihan tahap maksimum betul2 buat aku malas hendak pandang. ugh... benci sungguh aku tengok orang putih melepak. dah semacam tak ada darah di muka pula. sekali tengok ada jugakla iras2 vampire dalam cerita twilight. wajah syafiq penuh angkuh. sungguh2 hati aku benci memandang dia. dia berjalan sambil menendang2 sesuatu di kaki yang aku amat yakin pelajar sekolah ni yang secara tak sengaja membangkitkan kemarahan dia. melihatkan itu, bertambah2 lah kebencian aku kat dia. setelah menendang dan menolak ketepi, syafiq berjalan laju ke arah kafeteria. dan kawan2nya yang berempat itu terus mengikut.

berjalan di belakang syafiq adalah Que. tinggi dan bersahaja. berambut spikey dan hitam pekat. berwajah putih merah dan jarang tersenyum. dia seorang yang tanpa mimik muka. aku hairan jugak macam mana dia boleh kekalkan muka tanpa perasaan dia tu. kadang2 tahap kehairanan aku tu membawa kepada keinginan bertanya yang maha tinggi yang menyebabkan aku hampir pernah menegur dia tatkala dia sedang 'beristirehat' di bawah pokok jambu (port aku lepak selalu yang kini telah di ambil alih makhluk galah tu maka dia telah menyebabkan aku mendeclare dia makhluk kedua paling kubenci disekolah ini)

sebelah Que pula, ray. hah! dia ni kasanova. aku pernah tengok dia main redah cium pipi anak dara orang. aku taulaa dia tu cina, tapi tak beragak jugakla kehidupan sosial dia nak bawak masuk dalam sekolah! waktu mula2 aku tengok muka dia ni, memang suka jugakla sebab comel. sangat3 comel! macam retis2 korea je. tapi lepas kejadian yang merosakkan minda kanak2 riang aku hari tu, terus kecomelan dia tu jatuh bawah tanah.

sebelah Ray pula, kid. nama nak pelik2 je deorang ni. jangan tanyala aku nama penuh, memang haram aku taktau. syafiq haikal aje aku tau sebab orang panggil dia nama penuh. motif? anyway, pasal kid, walaupun nama macam ala2 watak pencuri nakal dalam detectif conan, tapi sebenarnya dia memang macam dalam watak tu. hahaha... dia pakai spek bulat dan berwajah bujur sirih. dia ni versi korea dua tapi upgrade sikit dari Ray sebab dia muka melayu.dia tak comel mana sebab dia super HENSEM! aku taktaula mak dia makan apa masa mengandungkan budak ni, tapi dia memang hensem. hensem dan misteri. pernah jugak dulu masa aku tahun satu rasa nak kidnap dia bawak balik rumah  pastu jadikan dia lilin buat perhiasan. muahahaha.....haruslah aku dibunuh mama dulu sebelum aku berjaya nak utarakan idea kurang cerdik ni pun.

paling belakang dan muka super pemalas adalah tumin. nama dia lawak. serius lawak. kalau adik aku, dah lama kena bahan sampai dia rasa serik nak pergi sekolah pun. walaupun nama dia kelakar, tapi tak ada siapa berani nak bahan sebab dia gangster sekolah. dia ni muka macam nak minta datang merompak je. tapi walaupun macam tu, dia kategori paling macho bagi aku. sebab? sebab muka dia macho. hitam manis. orang lain jambu weiii.... kalau ray aku boleh maaf sebab dia cina. tapi yang lain? muka jambu deorang la pemusnah generasi muka macho melayu yang disukai kanak2 macam aku ni. makanya, voting macho, hensem, dan paling gagah pekasa dari aku haruslah jatuh kepada Tumin! hoyeah......

kenapa mereka ni dipanggil flower five? sebab deorang berlima ni hensem + comel + kolej integrasi tunku abdul rahman atau nama popular dia KITARA adalah ayah mereka punya. no? aku gurau. aku tak faham juga sistem sekolah ni sebab setiap tahun ada je group2 poyo macam mereka ni muncul. tapi deorang ni advance lagi la. dari awal tahun masuk sampai sekarang  popular. dan tahap ke-popular-an deorang tu semakin betambah bila masing2 dah advance jadi model sekolah. tak faham betul aku. peel kerek macam deorang pun boleh jadi model sekolah.aku rasa pengetua sekolah memang saje nak guna2kan mereka yang giler popular macam deorang ni. jimat belanja! dan sebabkan deorang ni kaya raya tahap anak menteri je semua (infact memang 2-3orang tu anak menteri) maka sekolah buat tutup mata aje atas perlakuan ganas tahap WWE sorang2. dan sebabkan itu, kebencian aku terhadap group pembuli yang langsung tak menyorok ni adalah infiniti.

oke. deorang dah blah. baik aku sambung study balik dengan aman. aku nak ambil SPM dan o-level serentak tahun ni. nak dapat tinggi2 supaya boleh tinggalkan sekolah ni dengan bahagianya. aku harapla.....

dan aku, nur airika syafiqa iman binti iman haikal. ya... nama aku nak sama dengan budak aku paling benci seantero dunia....dan ini adalah kisah2 aku...


nota kaki:
sesungguhnya aku super terpengaruh ngan citer hanayori dango.
harap maklum. ngehee~

No comments: