Pages

Thursday, May 31, 2012

Nestle 100 years!!

hari ni memang hari rajin aku menaip cerita2 mengarut yer kawan2. kali ni kisah nestle pulak!

aku masuk pertandingan ni -link (sebenarnya atas niat nak menulis aje. hahaha)
tapi bak kata oghang dulu2. sambil menyelam minum air kan.... kot2 lah.. boleh menang.. =P

okeh, kali ni kisah nestle pula! ini la cerita yang aku tulis dengan penoh semangat pagi tadi lepas merembat beberapa biji karipap segera yang sepatutnya aku goreng untuk hidangan adik2 n abang2 aku. --sapa soh tido an--

[SANGAT MALAS NAK MENGEDIT. ayat macam haram sikit. soriiiiiiiiiiii]

********-----------********




Dia tersenyum-senyum melihat ke arah aku. Aku menoleh kiri dan kanan. Rasa pelik mula menerjah. Dia tengok aku ke tengok siapa? Aku mengangkat kening beberapa kali tanda menyapa. Lelaki berkemeja putih dan berkumis nipis itu lantas tersengih lebar. Jari telunjuk dia menunjuk ke muka aku dan kemudian ke bibirnya lantas  menyebabkan dia tersenyum lebar.

…..?

apakah itu?

Melihat aku yang kehairanan sendiri menyebabkan dia meledakkan ketawanya. Dia lantas bangun, mengambil tisu dan datang mendekat.

“kucing..” dia berkata sambil tersenyum lalu menghulurkan tisu kepada aku.

“kucing?” aku mengerutkan kening. Automatik aku mengangkat kaki melipat lutut di atas kerusi. “mana? Mana?!” tanyaku cemas. Aku melihat ke bawah kerusi dan meja. Mengintai2 kehadiran kucing yang  dikatakan oleh orang yang tidak dikenali dihadapanku ini.

Si berkemeja putih membulatkan mata melihat reaksi spontan aku. Dia mengambil masa beberapa saat sebelum memahami tindakan refleks aku sebentar tadi sebelum meledakkan ketawanya buat kali yang kedua.

“kucing tu my dear… awaklah!” badannya membongkok mendekati aku. Sebelah tangan ditekapkan di meja dan sebelah lagi rapat menghampiri bibir aku. Eaaaaaaaaaaaa????

“dah. Siap.” Katanya sambil tersenyum. Dia menghulurkan tisu yang digunakan untuk mengelap mulut aku sebentar tadi. Aku terkedu buat seketika. Langsung tidak dapat menjana peristiwa yang baru sahaja berlaku beberapa saat yang lepas. Dia mengangkat kening dan ketawa kecil. Meletakkan tisu di atas meja dan berlalu pergi. Dia mengambil briefcase yang ditinggalkan di meja minumannya dan datang ke arahku kembali.

“cik kucing yang takut kucing…. Lain kali minum nescafe mate tu janganlaa comot2 lagi ye?” pesan dia sebelum keluar dari Coffee Shop.

“herk!” aku tersedu. Aku mengerling kiri dan kanan memastikan tiada siapa mendengar sedu-an aku tadi

“herk!” aku tersedu sekali lagi. Aku cepat2 menutup mulut, memanggil waiter dan meminta segelas air putih. Arghhh……. Malunya!! Apala kau Ika! Buat malu je! Aduh…! Baru kali pertama cuba Nescafe Gold Mate, dah kena macam-macam. Haih. Ahh… lain kali taknak minum dah lah! Serik! T.T

Dua bulan kemudian..

“hai Ika, aku tengok sekarang ni tiap-tiap hari kau minum mesti ada Coffee Mate. Sampai milo pun kau letak Coffee Mate. Angau ke?” yasmin berkata sambil tersengih melihat aku sedang mengacau-ngacau Milo yang aku campurkan dengan Coffee Mate Nestle.

Aku mencebik. Hendak menjawab terasa malu. Tapi itulah. Aku seakan tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku dua bulan lepas. Tapi disebabkan aku terlalu malu untuk pergi ke kedai kopi yang sama, aku melepaskan rasa ‘rindu’ pada ‘encik Tisu’ dengan meminum Coffee Mate yang aku rasakan semakin hari semakin enak dicampurkan dengan apa sahaja minuman instant Nestle.

“alaa… biarla. Dah memang sedap pun. Nak cuba?” aku mengujuk cawan kepada Yasmin. Dia minum seteguk dan tersenyum ke arah aku.

“sedap! Buatkan untuk aku!”  aku tersenyum dan dengan senang hati mencapai cawan untuk membuat minuman untuk Yasmin.

“apa yang sedap? Air Ika buat? Ha… eloklah.” Bos tiba-tiba muncul di pantry. Dia tersenyum melihat ke arah aku dan Yasmin dan menyambung ayatnya. “ buatkan air yang sama dua dan hantar ke bilik saya ye? Ada tetamu VIP.” Katanya lantas berlalu pergi.

Yasmin tersengih. Aku mencebik geram. Aduh… aku juga yang kena. Setelah siap membancuh air, aku terus membawanya pergi ke bilik bos. Oleh kerana tanganku digunakan untuk menatang dulang air, aku tidak dapat mengetuk pintu.

“tok tok. Bos, air.” Panggilku. Sebaik sahaja pintu dibuka, aku tiba-tiba jadi tersedu.

“herk! Air….encik tisu…” aku menunduk. Ahh…malunya! Kenapa pula ayat tu yang terkeluar ni?

“cik kucing… hai…” lelaki berkumis nipis yang kini segak berkemeja biru disarung vase hitam menyapa. Dia tersenyum ke arah aku dan memberi laluan untuk aku masuk. Aku melangkah masuk ke bilik bos dengan hati-hati dan meletakkan air di atas meja.

“nah.” satu kad nama diletakkan di atas dulang kosong yang aku mahu bawa keluar. Aku mengangkat muka dan melihat ke arah encik tisu. “ saya Rashid, Ika. Bukan encik tisu.” Katanya sambil tersengih.

“herk!” aku tersedu kuat. Terasa malu, aku menekup mulut dan cepat-cepat menuju ke pintu. Belum pun sempat aku menarik tombol keluar, tombol pintu telah pun dipulas seseorang. Rasyid berdiri di sebelah aku sambil tersenyum. “nanti boleh tak saya rasa air awak hari-hari?” dia bertanya sambil membuka pintu. Aku mengerut kening. Dia nak datang sini hari-hari ke?

Seperti memahami apa yang berada di fikiran aku, Rasyid meledakkan ketawanya. “tak my dear. Tapi tak kesah juga kalau kena datang sini hari-hari pun. Asalkan dapat jumpa cik kucing yang takut kucing ni.” katanya lantas mengenyitkan mata. Aku  ternganga kurang memahami. Tapi entah mengapa, hati aku terasa ringan dan berbunga.

Ahh… Coffee Mate. Nakal kau ya. ß-tiba-tiba terasa mahu menyalahkan dia. He he


**********-------------***********


yaa... aku suka lelaki pakai kemeja. encem! pehh... hahaha.....tambah2 yang suka menyinsing lengan baju (kemas2) sampai ke siku. aduuu.... cair jap. eh eh.. ni, aku nak cakap pasal menda lain. korang tau, dah siap2 aku menaip, aku pun masuklaa laman web tu dengan harapan untuk kopipasta aje. sekali.....

100 patah perkataan sahaja!! T.T apakah yang sedang berlaku ini?! waaaa........ sekali, pas edit2 sakan... jadilaa citer aku gini:

***********

Dia tersenyum-senyum melihat ke arah aku. Aku menoleh kiri dan kanan.Dia tengok aku ke tengok siapa? Lelaki berkemeja putih itu lantas tersengih lebar. Jari telunjuk dia menunjuk ke muka aku dan kemudian ke bibirnya.
apakah itu?
Aku mengerutkan muka kehairanan. Hanya beberapa saat selepas itu aku baru menangkap maksud yang tersirat. Ahh…malunya!! Aku cepat-cepat mengambil tisu dan mengelap mulut.
“cik kucing Lain kali minum nescafe mate tu janganla comot lagi ye?” katanya sambil tersenyum. Aku tunduk malu. Pertemuan yang lucu buat episod baru diri ini. Siapa sangka Coffee mate akhirnya menemukan kami berdua! 


***********

PENDEK! TAHNIAH!

nota kaki:
lain kali before masuk apa2, baca syarat dulu yer kawan2
kalau idak, jadilaa seperti ambe neh.
huwaaaa.......T.T


No comments: