Pages

Thursday, May 31, 2012

cerita Perodua...

hai!

klik here

What's your Perodua story. =) he he.. nak tahu kisah aku?

nah! bacalah!!



aku toleh ke kanan, seorang lelaki berkemeja kemas tersenyum-senyum melihat ke arah aku. tok. tok. dia mengetuk tingkap kereta. aku menjadi serba salah. hendak dibuka tingkap, takut yang mengetuk itu berniat jahat. tak dibuka tingkap takut yang mengetuk tingkap itu berniat baik. dalam timbangan serba salah itu, aku turutkan kata-kata hati yang mengatakan dia itu berniat baik.

"ada masalah cik?" si janggut sejemput  berkaca mata bertanya sambil tersenyum. aih? bertanya soalan pun boleh tersenyum?tapi bagusnya anak dara pakcik helmi ni, dia turutkan jua ekspresi muka sipenanya.

"a'aa.." aku tersenyum sedikit cuba menyembunyikan rasa takut2 yang mula menguasai diri. " temperature naik..tiba2 engine mati.." aku ketap bibir. sekarang rasa takut sudah bagai tidak boleh bertolak ansur. . Kereta yang tiba-tiba berasap dan mati di kawasan sunyi, ditegur pula oleh orang yang tidak kenali membuatkan aku betul2 takut. mataku berair. bibirku ketap kuat menahan tangis yang mula menguasai mata dan emosi.

“cik? Takpe2… saya tolong tengok-tengokkan” si berbaju kemeja berkata cemas. Rasa serba salah agaknya setelah melihat aku seperti mahu menangis. Dia menyinsing lengan dan meminta aku membuka bonet kereta. Setelah menghilang di sebalik bonet kereta selama beberapa minit, dia kembali ke tepi tingkap aku yang mula aku turunkan dengan luas. “kurang air je..” ucapnya sambil tersenyum. Aku mengangguk dan menghulurkan air mineral yang aku beli di Mesra tadi.

Membulat mataku apabila melihatkan dia meneguk air yang aku beri itu.
“sori…dahaga.” Katanya sambil tersengih menyerlahkan barisan giginya yang memutih. Aku ternganga sedikit terkejut dengan tindakan selamaba redah dia. Namun sebelum sempat aku berkata apa2, sijanggut sejemput itu cepat2 menghilangkan diri disebalik bonet kancil putih milikku. sepuluh minit kemudian dia menutup bonet kereta dan tersenyum memandang aku. “cuba start” arahnya.

Aku pun mengikut arahannya dan enjin kereta aku berderum dengan garangnya. Aku tersenyum girang.
“puteh! Kita selamat puteh!!” aku senyum2 sambil menepuk perlahan stereng kereta aku. Terasa ada yang memandang, aku menoleh ke kanan. Si janggut sejemput memandang aku penuh kehairanan membuatkan aku terkedu malu. “err.. kereta…..nama….. puteh……” kataku perlahan. Peluh mula menitis laju di pipi. Malunya ohh!

“oh…hai puteh! Selamat berkenalan…” dia berkata sambil menepuk tingkap kancilku perlahan. Aku tersengih malu. Aku menunduk-nunduk sambil mengucapkan terima kasih lalu memecut kancilku pergi.

Dua tahun kemudian ketika aku pulang dari kelas Psychology, aku terlihat sepucuk surat putih terselit di wiper keretaku.

“ai.. takkan parking dekat tempat parking students pun kena saman!” rungutku geram. Aku cepat2 mengambil ‘surat saman’ dan membukanya dengan harapan itu adalah surat kasih sayang dari guard UIA untuk hanya memberi amaran bahawa Siputeh ni tak dibenarkan untuk memarkir di situ lagi.

*terkejut*

*memandang sekeliling*

Benar seperti jangkaan aku. Ia betul-betul surat ‘kasih sayang’. Cuma penghantarnya bukan dari pakcik guard.

‘kehadapan pemilik Siputeh. Sudah lama saya mencari kamu. Ingin menuntut harga membetulkan Siputeh comel ketika berhenti di tepi jalan raya Gombak dua tahun lepas. Silala hubungi saya kalau cik rasa terhutang budi dengan saya. =) tak banyak pun yang saya mahu. Hanya no telefon saudari sahaja. oh ye, saya juga berharap Siputeh ni sihat dan selamat selalu ye.’

Terkedu. Aku lantas mengambil telefon bimbit dan mendail no telefon yang diberi.

Suhana menutup diari hitam miliknya. Imbauan bagaimana dia bertemu dengan Hakimi melayari di minda lantas membuatnya tersenyum. Ketukan di pintu mematikan lamunan Suhana. Dia membuka pintu lebar,selebar sengihannya.

“puteh...” katanya perlahan.

“puteh dah balik sayang. Dah boleh bagi dekat Akmal” Hakimi, si janggut sejemput yang kini menjadi suaminya berkata sambil melingkarkan tangan kepinggang suhana.

“yeay! Betul papa nak bagi Puteh kat Amal?’ anak sulung Suhana menjerit gembira sambil meluru ke arah Puteh yang baru pulang dari bengkel.

“bolehkan ana? Mana tahu dia jumpa buah hati dia juga dengan si Puteh ni?” Suhana mencubit suaminya geram. Dia kemudian mengalihkan pandangan ke arah Puteh yang kini diduduki anak sulungnya, Akmal. Terima kasih Puteh. Semoga kau kekal sihat sehingga ke generasi cucu cicitku. 


nota kaki:
so, apa cerita perodua anda?
heee~~
p/s: cerita yang tersebut di atas tiada kena mengena  dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. cuma meminjam beberapa nama dan keadaan aje. he he. =P
love lots u guys!

No comments: