Pages

Monday, January 16, 2012

alahai anak2 sedaraku....4

dah besar!! hee~~

cepat aje yer mereka membesar. rasa macam baru je semalam aku buatkan susu untuk nabila. sekarang dia dah darjah dua dah.(dah boleh buatkan milo untuk cikyun dah. -aku tak buli oke. langsung tak.sila percaya!-) natasya pulak darjah satu. and sikecik bakal dapat adik, danish haikal, 5tahun!

cepat sungguh yer masa berlalu. nanti fathi (anak abgsolah aku -if u are forgotten -read here) pula yang bersekolah..ikah dah siap excited nak cadangkan sekolah untuk fathi lagi. tapi dihalang kak. ces..tak bervisi betul. merancang tu penting keyh.

'ikah, fathi tu baru tiga bulan! yang ko excited semacam nak cari sekolah untuk dia tu kenapa?'

hermm....okela2..alasan diterima.

dan nanti...nanti....he he... anak eden pula. kekekekeke... (<<----sendiri excited)


budak yang nanges pagi2 sebab kena bangun and mandi pagi
-danish haikal-

waktu kakak2 dia 'berperang' dengan mama, dia relax jer layan blues minum pagi
(tak sempat amek gambar kaki beliau bersilang waktu makan cekodok.)

muka terpaksa mengaji..haha
-nurul ain natasya-

ngaji rajin2 yer nabila..
agak2 boleh challenge cikyun khatam darjah 2 tak? gaggagaga <<--poyo


bangun pagi tadi aku dengar keriuhan yang dah lama benar menyepi dalam hidup aku..

'mama...stokin mana?'

'danish haikal.....mandi! mama dah cakapkan kalau nangis pagi2 nanti kena!'

'hafiz...mengaji dulu sebelum pergi!' -hafiz dok ngan kak by the way-

'abang tengokla natasya ni..taknak mengaji...'

'pakai tudung tu elok2 natasya. dah macam cikyun ko je comotnya' <<---- ait? apesal nama aku pulak yang jadi mangsa? -_____________-

dan...berterusan.......
menjadi..........
mangsa....
comparison........ T.T

'nabila cepat sikit! bangun diala paling awal. tapi tehegeh2...macam cikyun dia'

'ait kak, apesal kena compare ngan kakyun? tak besalah kot..'

'memang ko kecik2 macam tu kan....tapi takpelah. 'macam tu x2' pun bijak. masuk u'

is that a compliment?! why didnt i feel so! T_________________T
btw, apa maksud 'macam tu pun'?!




nota kaki:
dah lama tak mengajar mengaji.
dulu ajar adik2 sampai deorang nangis2
semalam ajar danish, dia pulak nangis2
wakaka..aku memang bengkeng
hoho~

No comments: