Pages

Monday, May 24, 2010

jurnal si pengembara

Sejuk!


Aku menjeling jam di tangan. 2.30 pagi. Perjalanan masih jauh. Aku bergerak sedikit. Ke kiri dan ke kanan. Berharap agar Siti yang lena disebelahku turut terjaga. (nak gerak terang tang-tang tak sampai hati)


‘sejuklah’, kataku sebaik sahaja aku melihat mata Siti terbuka. Siti menadah tangan (konon-konon dapat merasa air-cond yang turun laju mengena ke diri kami). Dia mengangguk sedikit.


‘nurul yang pakai sweater ni pun sejuk. Siti?’ aku menjeling Siti yang hanya berselimutkan kain telekung. Kasihannya. Kalaulah sweaterku besar, pasti akanku kongsikan bersama dengan Siti. Ku ujukkan tanganku kepada Siti. Pucat! Siti menggeleng-gelengkan kepala. Dia membandingkan telapak tangannya dengan aku pula. Masih sedikit merah.


‘ada orang kuatkan air-cond kot..’ siti membuat andaian. Aku tersenyum sedikit membenarkan andaian Siti. Aku berpaling. Menjeling-jeling sahabat-sahabat yang bersama-sama kami. Lina dan Syida kelihatan lena sekali. Cemburu sungguh aku! Mana tidaknya, aku yang kepenatan, mereka pula yang dapat tidur lena. Yang lelaki dibelakang pula tak dapat aku intai. Lena juga barangkali? Ahh.. andai sahaja aku tahu perjalanan keretapi ni begitu lama dan teramat sejuk, pasti aku akan bersedia lebih awal. (eleh, sebenarnya tahu je)


‘Kita sampai 7.30,kan?’ tanyaku meminta pasti. Benar-benar berharap Siti menggelengkan kepala dan berkata 4.30 pagi. Yaaa…. Jawapannya seperti BENAR kehendakku. 7.30 pagi. Aku menimang-nimang sendiri mahu berbuat apa. Aku perlu tidur. Badan dan fikiranku perlukan istirehat setelah semalaman aku berhempas pulas untuk study, exam (fluid mechanics pula tu!), berkemas, menggangkut barang ke dalam kereta, kemudian menggangkutnya ke dalam rumah pula, dan akhirnya bersiap untuk kembara gen4, aku benar-benar keletihan mental dan fizikal. Dan kini, istirehatku diganggu kesejukan pula! Aihh…. Benarla ujian buat si cahaya kebahagiaan ni… aku sebenarnya tidak berapa boleh dengan kesejukan. Badanku tidak gagah melawan kesejukan. Biarlah panas memanjang, jangan terlalu sejuk untuk sekejap. Sedangkan sejuk malam sahaja bisa buat tapak kakiku pucat, inikan sejuk yag melampau gini. Aku mengerang. Tidak tahan sejuk.

Aku lantas membuat keputusan untuk mencari stoking tambahan dan kain untuk mengurangkan sejuk yang melanda.


Dan keretapi terus meluncur laju………..


5.30 pagi.


Aku menikmati sarapan pagi yang dibeli Asila. Berselera benar kami berkongsi makanan. Almaklumlah, semalaman kesejukan dan kelaparan, dapat berkongsi sedikit nasi goreng pagi-pagi pun sudah dikira sangat menguntungkan. =) dah panas… spontan aku menadah tangan, konon ingin merasai sejuk hawa dingin keretapi yang ku rasakan telah sedikit berkurang. Aku tersenyum-senyum melihat reaksi wajah Siti yang baru kembali dari tandas.


‘kenapa?’ tanyaku sambil tersengih. Mendapat sedikit info dari lina dan Syida buatkan aku sedikit mengetahui bagaimana keadaannya tandas di dalam keretapi.


‘eeiii… tak selesanya….’ Makin melebar sengihanku mendengarkan Siti berkata begitu.


‘rasa tak seronok sangat bila ada orang lelaki ramai-ramai tunggu kat luar tandas.’ Aku turut tersengih kegelian. Boleh membayangkan situasi yang Siti alami. ‘tandas tu, untuk nak basuh muka boleh la. Nak buang-buang… hem…. Tahan aje la.’


Meledak ketawaku mendengarkan Siti berkata begitu. Siti tersengih. Dia melihat jam beberapa kali.


‘Tunggu pukul 6 ajelah.’ Usulku kerana kami tidak berapa pasti jam berapa subuh masuk. Siti mengangkat takbir sahaja, mataku tertutup rapat. Hawa dingin yang sudah berkurang sejuknya bagai menarik-narik mataku yang sukar tertutup sebelum ini untuk terkatup rapat. Lena~


‘nurul…..’ aku terasa badanku digoyang-goyangkan. Siti menolak sedikit badanku bagi membolehkan dia keluar. Mataku terbuka luas tatkala terasa cahaya terang mengena ke wajahku. Di luar sudah bercahaya. Aku terpandangkan Suhairi yang menanti di bawah. *Senyum*. Semua orang kelihatan sudah bersiap-siap untuk keluar. Lekas sahaja aku bangun dan bersiap. Waaa…. Da sampai Alor Setar. =)

hiii… hari pertamaku di Kedah dah bermula!!!

3 comments:

caliph_88 said...

salam'alaik,

nurul ct tergelak baca, waduh2 journalnya tak siap2 lagi, asyik tangguh buat:)

puteri cahaya said...

hehehehe.....nurul tulis selalunya ikot mood. ada da sikit sambungannya...tp ayat xbest. nak redo balik....

Read 'ONE' said...

salam, wah, seronoknya mengembara... abang juga mahu mengembara...