Pages

Thursday, March 16, 2017

Tak Punya Masa

tadi aku dengar ted talk. bercerita tentang  Time Management.

bertempek2 kena dekat diri ni.

'I dont have time = it is not my priority'

salah memilih priority hidup akan membawa kepada kejahannaman time management dalam hidup.
contoh macam bertangguh kerja la.

kerana waktu itu kita rasa kita punya masa untuk sesuatu yang lebih penting, seperti, wassaep. KAH!
dan juga bertangguh solat. sebab? kita taknampak pentingnya solat pada waktu itu.

kenapa bila makin lama aku menaip pasal ni makin pedih hati ni. T^T aduhai...
teguran direct jaaaa dari Allah.

ok nurul?
mohon padan muka sendiri.

Sunday, February 26, 2017

positif!

WHAT.HAD.HAPPENED.TO.ME?!

i looked past my status, my blog post, my thoughts (yeah, i kind of having a file of thought in my head. every weekend i will just go berangan or what so ever people thought i did  yang sebenarnya i went through my thought file -in head, thats make me look so lame, mata kosong, pandang siling- thinking what did i do all week.)

it was all negative things.

how persistent i was keep saying i sick, feeling so weak, not being able to do what i love or eat what i want...

since when did i became so manja to myself ni??

*sigh*

i saw my sisters and friends have training camps outside and i really miss it.

i miss my oldself.
i miss being healthy.
i miss being so positive and confident in achieving what i want.
i miss me.

T.T

i know i keep feeling sick and weak.
but i cant let it ruining my life.

dah hampir 3 bulan aku macam ni.
SERIUS 3 BULAN OK.

dari bulan 12 aku start sakit2 kepala.
bulan satu penuh dengan drama air mata.
bulan 2 lagi dramatik. nak pengsan la. kepala pusing la.
tak kira dengan demam dan suara yang kejap hilang kejap ada.

tak best ok.

i will fight this.
macammana aku lawan sakit dulu,
sakit yang ni pun aku akan lawan sama.

i wont talk about my sickness anymore.

i will only keep all positive things around.

entah sejak bila aku suka menagih simpati orang entah.

urghhhhh!
tak macho sikit pun ok cikkak.
mohon berenti.

-____________-

kbai.

Saturday, February 25, 2017

Mata Sakit

so, I've been wanting to drop by and say hello to you guys.
especially bloguin.
rindu giler nak menaip.
tapi aku tengah cuba mengelak diri dari mengadap laptop terlalu lama.

mata aku sakit.
kepala aku sakit..
jiwa aku laaagi la sakit bila dedua ni macam taknak berenti sakit.

minggu lepas aku ke program puisi jalanan.
sebelum tu aku jumpa mon.
i like him! really!
dia macam kembar aku je.
peel sama.
sengal sama.
bongok pun sama.

serius sampai harap dia betul2 kembar. hahahahahahahahahaha

anyway,

dekat puisi jalanan aku jumpa orang2 osem yang best.
korang tahukan betapa aku amat suka ayat2 tersusun ni.
sebab tu aku suka fynn.
ayat dia masyuk wei.
menikam hati terus ke lubuk jantung.

so dekat puisi jalanan ni kerja aku nangis je.
dari start deorang bercakap, sampai deorang habis cakap.
serius wei sedih.

sebab mereka2 ni sejenis ikhlas dalam menyampaikan rasa hati.
duduk dikalangan melayu yang suka bertapis, aku ingat aku saja yang pelik, rupanya deorang lagi sama pelik.
sama2 suka meluahkan.
sama2 suka menyusun kata.
sama2 sengal dn gila.

hahahaha....

dan mereka suka meraikan atas apa sahaja yang orang lain sampaikan.

*happy*

sejenis kumpulan yang aku amat mahu bersama.

ok.

see.. tulis secoet ni pun dah rasa nak tertidur dah.

moga2 aku lebih sihat pada masa akan datang.

btw, aku suka giler big bos aku. sejenis humble n fun to be around.
aku harap team lain akan nampak dia seperti mana kami.

salam rindu,
L

Wednesday, February 15, 2017

Borak dengan K

its been quite sometimes since i chit chatting with K.

tadi entah kenapa aku rasa nak mengadu kat dia pasa sakit aku. terus sebak. terus nangis. K ni sangat magik. dia senang giler buat aku nangis atas kadang untuk benda yang simple pun.

aku cerita kat naru n aja pun relaks je gelak2..

bila buka cerita kat k, tetiba lahir terus rasa takut aku.
rasa frust sebab taktahu lagi result ct scan.
rasa sedih sebab taktahu nak buat apa untuk betulkan balik keadaan aku yang makin lama makin worse.

kabur makin worse.
sakit kepala keep advancing. dari sakit tengah kepala ke depan dahi ke kening. dengan mata kadang2 susah nak buka bila aku terlalu fokus. dengan i now literally can sleep anywhere anytime. dia macam aku tutup mata je tetiba dah setengah jam. haa gitu.

bila aku citer je kat k, air mata ni macam apa je laju turun. dah la susah giler nak berhenti.

then..it hits me at last...

aku takut sebenarnya.
aku takut dengan realiti yang bakal aku terima kelak.
aku....cuba menafi realiti.

thanks k sebab sedarkan aku.
thanks a million years.

Wednesday, February 8, 2017

LIVE

i was soooo not into live guys.

gila kau cuak. padahal orang yang tengok tu berapa kerat ja. tapi cuaknya ya Tuhannnn....

aku rasa aku takpandai nak ngadap kamera lepas tu borak. kelaut je semua. padahal awal2 tu dah praktis dah nak cakap apa. last2 taktercakap.

tapi biasala.. kadang benda yang aku rasa mustahil tu yang aku dok ulang buat sampai boleh #sejenisdegil

lepas ni mungkin nak try live lagi tapi cuba cara lain pulak.

moga2 aaku hilang cuaknya. fuhhh fuhhh... acano nak jadi speaker kalau cenggini gayanya. duhhh

Sunday, February 5, 2017

ANN

Sejenis kelab baru antara aku, naru dan aja (ringkasan dari ustzah)

Setelah hampir setahun aku tak jumpa deorang, semalam aku jumpa balik lepas aku mengadu kat naru tentang penyakit pelik aku. aaa.... sayang jugak naru kat aku annnn hahahaha.... kalau tak, hampeh. text dia macam text dinding.

anyway, setelah di insafkan mereka semalam. wei, Allah memang hadirkan kawan2 yang garang dalam hidup aku. jenis yang bagi nasihat direct tanpa rasa bersalah or tapis2. jenis selagi kau taksedar selagi tu dia nasihatkan. hahahaha... see.. Allah baikkan? selalu jaga aku dengan orang2 macam ni.

so pendek cerita, balik rumah agak awal setelah mata aku buat sesi dramatik kat kedai makan mee tarik (minat aku sekarang. asal nak makan je pergi situ. pakcik kayo betoi tokey dia dapt customer regular cam aku neh)

so balik tu, aku fikir2, why not aku buat group senang nak meng-update deorang sementelah aku jenis malas nak text n layan orang sorang2 (dan berani pulak aku maki naru walaupun aku sama peel ngan dia kann hahahahahahaha) so kubuatla...

dan aku hepi.

tu je sebenarnya nak gitau.

aku hepi sebab ada group yang memang aku nak dari dulu. close girl group yang boleh jaga n nasihat aku.

since aku asyik dapat group ngan budak2, jarang aku dapat nasihat direct macam ni. dan jarang jugak aku nak dengar nasihat orang. (sejenis bangsa degil. nak nasihat aku kena ada seni. yakni, ignore perasaan aku. hahahahahahahahaha) so ni la first group yang aku hampir buat nama;

'group menasihati si nurul"

haa...panjangkan? supaya aku senang insaf bila tengok.

Alhamdulillah untuk kasih sayang ni,

*senyum*

I really3 love them n I love u more Allah for sending them to me.
thanks a million years naru n aja (nampak sangat korang tak stalk aku. cis) untuk nasihat2 yang menyucuk jiwa macam tu.
thanks ingatkan aku untuk kembali padaNya.
thanks ingatkan aku untuk kuat melawan.
thanks ingatkan aku untuk terus istiqamah kepadaNya.

Wahai Tuhan,
tempatkan mereka di syurga.
sayangilah mereka sepenuhnya. rahmati hidup mereka dengan kasih sayangmu.

*senyum*

*lap air mata*

*baca text ANN*

*lap air mata*

*gelak berdekah2 sampai berair mata*
boleh tahan bengong deorang ni. cis.

Wednesday, February 1, 2017

otot saraf mata

so.... its official.

aku ada masalah dengan otot saraf mata aku or whatever it supposed to mean.
cuma sekarang tinggal kena buat ct scan untuk pastikan ia tak ada kaitan dengan brain sebelum mulakan treatment untuk latihan mata.

kata doktor, biasanya orang muda, bila kita tengok jauh dan kemudian dekat, kanta mata cengkung kita akan cepat berubah ke cembung. tapi aku sangat slow. macam nenek2 nya mata. dan memang ia akan mengakibatkan sakit kepala + kesukaran untuk nampak. tapi sebab aku nya kepala sakit sesangat, doktor risau ada saluran darah yang tersumbat kat kepala or ada ketumbuhan. so memang kena tunggu appointment ct scan minggu depan.

bila aku dengar doktor pakar mata cakap macam tu, aku terima je. macam dah faham. macam dah tahu akan jadi macam ni.

so basically, kalau ct scan ok, aku akan terus proceed dengan latihan otot mata mingguan since keadaan mata aku yang makin kerap kabur ikut suka hati waktu dan ketikanya sahaja.

dan kalau ct scan found something, kena proceed dengan masalah brain dulu.

either way, aku bakal ulang alik ke hospital for quite sometimes.

and yeah.

kind of know it already.

oh ye, kata dc lagi, kalau brain ok pun kena pergi pakar telinga sebab aku selalu dengar bunyi 'pop' kat telinga kiri dan tadi baru aku perasan, pendengaran telinga kiri aku agak slow. bila aku cakap telefon sebelah kanan, dia jelas je. bila tukar ke telinga kiri tetiba macam volume slow giler.

selamat menghabiskan masa di hospital nurul.